KUALA LUMPUR: Bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan sebelum hari penamaan calon.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata langkah itu bagi melancarkan proses penamaan calon PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta PRK Kuala Terengganu yang ditetapkan pada Sabtu ini (29 Julai).
Selain itu, bakal-bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan sebagai bukti pembayaran.
"Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon," katanya.
Beliau berkata kertas penamaan boleh diserahkan dari 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di 173 Pusat Penamaan Calon (PPC) oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.
Pada hari penamaan itu, setiap bakal calon hanya boleh diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk masuk ke PPC.
Selain itu, pengunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi pengunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada hari berkenaan dan ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.
"Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang / simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan / komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya," katanya.
SPR menasihati bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan baik dan lancar.
SPR menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Pada hari penamaan itu, setiap bakal calon hanya boleh diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk masuk ke PPC. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.