KOTA KINABALU:Parti Cinta Sabah (PCS) berharap kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijadikan iktibar kepada calon-calon parti tersebut untuk berdepan dengan pilihan raya akan datang.
Presidennnya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun kemenangan tidak menyebelahi PCS, namun pihaknya tetap berbangga dengan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah.
“Anak-anak Sabah telah bersuara dan suara itu kami terima dengan rasa rendah hati dan kami hormati.
“Namun, jangan lupa kita hanya sebuah parti yang sangat baharu, tidak sampai dua bulan. Kita masih mendapat sokongan dalam bentuk undi walaupun tidak menang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Luar itu berkata, beliau percaya PCS mampu meraih lebih sokongan sekiranya mereka mempunyai masa yang cukup.
“Bagaimanapun, saya sebagai Presiden PCS berharap, walau apa pun terjadi, jangan berhenti daripada terus memperjuangkan hak-hak anda sebagai anak Sabah.
“Nombor yang kecil, tetapi cukup untuk sebuah parti baharu dalam perjuangan yang panjang,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menegaskan PCS akan terus bersama dalam memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG: GRS menang majoriti 38 kerusi
BACA: LAPOR LANGSUNG: Sehari selepas PRN Sabah - Apa seterusnya?
BACA: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH, KLIK DI SINI
Hasimi Muhamad
Sun Sep 27 2020

Anifah berkata, walaupun kemenangan tidak menyebelahi PCS, namun pihaknya tetap berbangga dengan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PRN Sabah: Tanggungjawab besar menanti bakal Ketua Menteri
Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah pada Sabtu membuktikan terdapat peralihan undi dalam kalangan pengundi Kadazan, Dusun dan Murut.

PRN Sabah: "Kekalahan PCS perlu dijadikan iktibar" - Anifah Aman
"Anak-anak Sabah telah bersuara dan suara itu kami terima dengan rasa rendah hati dan kami hormati." - Anifah Aman

PRN Sabah: Kerajaan baharu GRS komited bangunkan Sabah - Muhyiddin
PM beri jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri.

PRN Sabah: Warisan Plus tunggu keputusan rasmi
Pemimpin dan penyokong Warisan Plus berhimpun di kediaman Shafie Apdal bagi menunggu keputusan rasmi PRN Sabah.