Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta pemimpin atasan parti yang bakal turun membantu calon Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) memperhalusi isu tempatan bagi menjaga sensitiviti rakyat Sabah.
Exconya, Mizma Appehdullah, yang juga Ketua Srikandi Bahagian Silam, berkata semua pemimpin perlu memberi perhatian terhadap perkara itu terutama isu tidak bersesuaian yang boleh mendatangkan mudarat akibat salah faham.
"Saya memohon agar pimpinan atasan yang bakal turun untuk membantu calon pada PRN ini supaya memperhalusi cara untuk membantu calon ketika berkempen," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera Srikandi BERSATU Bahagian Silam, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mizma mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Abdul Harun menyantuni lima keluarga menyerahkan kit bantuan makanan melalui program Sentuhan Kasih.
Beliau turut mengingatkan ahli BERSATU supaya tidak membangkitkan isu yang boleh memecah belahkan gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Semua ahli dan jentera PRN perlu bersatu bekerjasama dalam memastikan kemenangan dan menubuhkan kerajaan," katanya.
Qaisara Umaiyah
Thu Sep 03 2020
Mizma (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Rina. -Astro AWANI
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Percepat transformasi digital | Naik taraf segera kemudahan | Isu Laut China Selatan
Tumpuan AWANI Borneo 7 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
- Kerjasama Huawei-Sarawak tingkatkan liputan internet di kawasan terpencil
- Fasiliti kesihatan daif jejas pengisian pegawai perubatan
- Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
#AWANInews
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Sabah FC bukan untuk dijual!
Presiden SAFA Datuk Shahelmey Yahya berkata SAFA tidak pernah bertemu dengan individu atau wakil mana-mana pihak yang mendakwa mendapat ‘tawaran’ penjualan saham Sabah FC seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
'Antivenom' obor-obor berasal dari Australia perlu dikaji kesesuaian
Felo Perubatan Ekstrim Dan Wilderness, Dr.Muhamad Naim Ab Razak berkata keberkesanan satu-satunya antivenom rawatan sengatan obor-obor yang ada ketika ini berasal dari Australia perlu dikaji terlebih dahulu.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
Ia berikutan penemuan spesis antara yang paling berbisa di dunia iaitu obor-obor hub atau chironex yamaguchii di kawasan perairan negara ini.
PRN Sabah: Jaga sensitiviti rakyat dan perhalusi isu tempatan ketika berkempen
Mizma yang juga Ketua Srikandi Bahagian Silam turut mengingatkan ahli BERSATU untuk tidak membangkitkan isu yang boleh memecah-belahkan gabungan Perikatan Nasional (PN).