SEREMBAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek menyatakan beliau akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi tersebut esok.
Menerusi mesej pesanan ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI pada Jumaat malam, Mohamad Rafie menyatakan beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) pada Sabtu.
"Salam. Untuk makluman awal. Saya akan bertanding sebagai Calon Bebas untuk N14 Ampangan.
"Esok (Sabtu) saya akan ke Pusat Penamaan Calon di KOMBES, Seremban," katanya menerusi pesanan ringkas tersebut.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Exco Negeri itu mengakui terkejut apabila tidak tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menurutnya, berdasarkan rekod cemerlang ketika menjadi ADUN dan juga Exco Negeri, beliau hairan namanya digugurkan dan mendakwa keputusan itu bersandarkan politik semata-mata.
Dakwanya, ketegasannya bersuara isu rasuah, salah guna kuasa dan nepotisme mungkin menyebabkan ada menganggapnya sebagai ‘ancaman’ kepada kerajaan negeri.
Mohamad Rafie Ab Malek merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan untuk Kerajaan Negeri Sembilan pada penggal lepas.
Bagaimanapun pada PRN kali ini, nama beliau digugurkan selepas satu penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Selain itu, dua lagi bekas ADUN PKR turut digugurkan iaitu penyandang DUN Sri Tanjung, Datuk M Ravi yang merupakan Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan dan penyandang DUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching.
Ridauddin Daud
Fri Jul 28 2023

Menurut Mohamad Rafie, berdasarkan rekod cemerlang ketika menjadi ADUN dan juga Exco Negeri, beliau hairan namanya digugurkan dan mendakwa keputusan itu bersandarkan politik semata-mata. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PRN: 'Masa dia susah, saya yang bantu dia' - Rafie terkilan dilabel sebagai pengkhianat
Beliau mempersoalkan tindakan pemimpin utama negara itu yang seolah-olah menidakkan haknya sebagai warganegara untuk bertanding pada pentas pilihan raya.

PRN: Rafie bidas Aminuddin, yakin keahliannya dalam PKR tidak gugur
Rafie dakwa tidak langgar sebarang klausa dalam Perlembagaan parti yang membolehkan keahliannya tergugur hanya kerana bertanding atas tiket Bebas.

PRN: Tanding Bebas, keahlian Rafie automatik gugur - Aminuddin
Aminuddin menegaskan, ahli-ahli parti yang terlibat juga akan turut dikenakan tindakan.

PRN: Rafie sah bertanding Bebas di DUN Ampangan
Datuk Mohamad Rafie Ab Malek membuat kejutan apabila tampil sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di DUN berkenaan.

PRN: Rafie bakal bertanding sebagai calon Bebas di Ampangan?
Menurutnya, berdasarkan rekod cemerlang ketika menjadi ADUN dan juga Exco Negeri, beliau hairan namanya digugurkan.

PRN: Terkejut tidak tersenarai sebagai calon meskipun khidmat cemerlang - Mohamad Rafie
Datuk Mohamad Rafie Ab Malek mengakui terkejut apabila tidak tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Tiga ADUN dakwa Aminuddin buat kenyataan 'flip-flop'
Mereka turut mendakwa Aminuddin cuba mengetepikan mereka selaku ADUN termasuk ADUN Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu.

COVID-19: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup
Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarahkan tutup selama dua hari bermula Rabu selepas terdapat pengesanan kes positif COVID-19.

COVID-19: 22 lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini
Sebanyak 22 buah sekolah di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat pengesanan kes positif COVID-19.

COVID-19: 14 lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup dua hari
Atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekolah tersebut perlu ditutup bagi membolehkan pihaknya mengesan kontak rapat.