GOMBAK: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari percaya prestasi baik ditunjukkan Kerajaan Perpaduan sejak mentadbir negara mampu membuka mata pengundi untuk memilih calon yang tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Amirudin yang diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua berkata usaha kerajaan menyelesaikan pelbagai isu dihadapi rakyat secara berperingkat menjadi bukti buat pengundi di Selangor.
"Kita nak sambung pencapaian yang kita telah gembleng bersama dan contoh bagaimana kita mampu berdepan pelbagai masalah seperti pandemik, banjir dan ekonomi.
"Ini semua adalah bukti nyata, bukan tawaran-tawaran yang cuba dibuat. Kita berdepan dengan pandemik, banjir dan itu situasi yang memberi contoh nyata kepada rakyat bagaimana kerajaan bertindak dan bagaimana gabungan ini mampu untuk melaksanakan tugas di samping mengekalkan pencapaian ekonomi," katanya.
Amirudin berdepan calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Muhammad Hanif Jamaluddin dan G. Suman yang bertanding atas tiket Bebas, dalam pertembungan tiga penjuru.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-UMNO) yang bertanding merebut kerusi DUN Gombak Setia berkata beliau mahu pengundi bijak dalam membuat keputusan pada PRN kali ini kerana ia akan menentukan masa depan negeri itu.
"Kita tahu kepimpinan Amirudin membawa Selangor kepada satu tahap boleh dibanggakan dan PRN ini penting untuk beri kesejahteraan, kemakmuran dan keselesaan rakyat Selangor," katanya.
Bagi kerusi DUN Gombak Setia, Megat Zulkarnain menghadapi saingan tiga penjuru berdepan penyandang Muhammad Hilman Idham (PN-Bersatu) dan calon Bebas Mohamed Salim Mohamed Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023

Calon PH bagi DUN N.16 Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Datuk Megat Zulkarnain Omardin (N.17 Gombak Setia - BN) dan Juawairiya Zulkifli (N.18 Hulu Kelang - PH) bertemu penyokong selepas proses penamaan calon. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.

Selangor realisasi tiga tawaran dalam tempoh 100 hari menang PRN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor merealisasikan tiga daripada lima 'Tawaran Kita Selangor' dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos lalu.

Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.

'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.

PRN: Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.

Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.

PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRN.