BAYAN LEPAS: PKR Pulau Pinang yakin mampu untuk membolot kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) akan datang.
Penasihat Majlis Pimpinan PKR Negeri, Datuk Law Choo Kiang berkata, pihaknya yakin dengan kebolehan calon-calon yang telah dinamakan meskipun ada kemunculan muka-muka baharu.
“Saya yakin ini merupakan gabungan yang begitu kuat kerana kita ada calon daripada pelbagai latar belakang.
“Sasaran kita memang untuk menang semua kerusi lah dan kita tidak akan bertolak ansur kerana penggal sebelum ini juga kita telah memenangi kesemua kerusi,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ramah Mesra Mantan ADUN dan Calon PRN15 Pulau Pinang di sini, pada Rabu.
Bercakap mengenai cabaran untuk berdepan dengan Perikatan Nasional (PN), PKR katanya tidak gentar dengan momokan ‘gelombang hijau’ seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Sebaliknya, Law menyifatkan perkara itu sebagai usaha yang sengaja untuk menggugat kedudukan Pakatan Harapan (PH) di negeri tersebut.
Ujarnya, beliau yakin dengan gabungan sedia ada, pengundi di Pulau Pinang sudah bijak untuk memilih kerajaan yang akan mewakili mereka.
“Gabungan sedia ada pun dari segi kerjasama semakin baik dan erat jadi sememangnya fokus kita hanya untuk menang semua kerusi.
“Dengan rekod yang kita ada sebelum in mentadbir Pulau Pinang saya yakin pengundi bijak untuk buat pilihan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan, penyandang-penyandang kerusi sebelum ini juga memberikan dokongan penuh kepada calon-calon baharu termasuk penyerahan jentera-jentera parti dan keperluan untuk berentap dalam gelanggang PRN15 pada 12 Ogos.
Hilmi Malik
Wed Jul 26 2023
![PRN: PKR Pulau Pinang yakin mampu bolot semua 13 kerusi PRN: PKR Pulau Pinang yakin mampu bolot semua 13 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690356263_PKRPulauPinang.jpg)
Law (duduk, tengah) ditemui pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ramah Mesra Mantan ADUN dan Calon PRN15 Pulau Pinang di sini, pada Rabu. - Foto Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Jentera Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap dilancar malam ini Jentera Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap dilancar malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717921430_AbdulHamid.jpg)
Jentera Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap dilancar malam ini
Jentera Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan dilancarkan malam ini.
![PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717304933_PRKSungaiBakapP.jpg)
PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang serah senarai pendek nama calon
PKR Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.
![PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691889958_TBPHBNPulauPinang.jpg)
PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.
![PRN: PKR Pulau Pinang yakin mampu bolot semua 13 kerusi PRN: PKR Pulau Pinang yakin mampu bolot semua 13 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690356263_PKRPulauPinang.jpg)
PRN: PKR Pulau Pinang yakin mampu bolot semua 13 kerusi
PKR Pulau Pinang yakin mampu untuk membolot kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
![Hormati keputusan Nurul Izzah - Zuraida Hormati keputusan Nurul Izzah - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542803200_NurulIzzahAnwar.jpg)
Hormati keputusan Nurul Izzah - Zuraida
Katanya, beliau percaya keputusan Nurul Izzah itu telah difikirkan secara mendalam dari pelbagai aspek.