PERMATANG PAUH: Pemuda Pas Pulau Pinang mendakwa wujud usaha memanipulasi undi dengan membawa 'pengundi hantu' semasa hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.
Ketua Penerangannya, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar, berkata usaha itu didakwa dilakukan dengan cara “menyewa” kad pengenalan pengundi di sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan bayaran tertentu.
Dakwanya lagi, kad pengenalan tersebut akan digunakan oleh individu lain semasa hari mengundi sebelum dipulangkan kepada pemiliknya selepas selesai pilihan raya.
“Modus operandinya adalah dengan mendapatkan dan mengumpulkan sebanyak mungkin kad pengenalan pengundi di sesuatu DUN, terutamanya anak muda dengan balasan berbentuk wang. Kemudian kad pengenalan tersebut akan digunakan oleh “pengundi hantu” untuk mengundi sesuatu parti tertentu.
“Kami percaya bahawa ini merupakan satu skandal penipuan pilihan raya yang terdesak dengan kaedah 'menyewa' kad pengenalan pengundi sebagai cubaan terakhir untuk memperoleh kemenangan secara kotor, tidak bersih dan tidak adil,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Mohamad Ikhwan lagi, gerakan mengumpul kad pengenalan tersebut didakwa dilakukan ketika siri kempen rumah ke rumah.
“Setakat dimaklumkan ia dilakukan ketika program-program kempen dan kalau tidak ada program, ia dilakukan ketika kempen rumah ke rumah, dari situ mereka akan cuba kumpul kad pengenalan,” dakwanya lagi.
Namun, pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis berikutan belum mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan tersebut.
Mohamad Ikhwan berkata, pihaknya turut mendapat maklumat bahawa terdapat perancangan untuk membawa masuk kertas undi secara haram dengan kaedah menukar peti undi bagi memenangkan sesuatu parti tertentu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak cubaan terdesak dan penipuan yang cuba dilakukan pihak tertentu bagi tujuan memperolehi kemenangan pada PRN kali ini.
Justeru, beliau mengingatkan pengundi dapat memberi kerjasama dan berusaha membanteras serta mencegah skandal penipuan terbabit lebih awal sebelum ianya berlaku.
“Pilihan raya sepatutnya menjadi sebuah padang yang rata untuk semua pihak bertanding secara sihat dalam suasana demokrasi yang matang, tidak kira sama ada yang bertanding itu adalah parti daripada kerajaan semasa, pembangkang mahu pun calon bebas.
“Skandal penipuan pilihan raya seperti ini tidak akan mematangkan demokrasi di negara ini malah, membawa Malaysia semakin terbelakang dengan kaedah lapuk untuk memenangi pilihan raya” katanya.
“Pemuda Pas Pulau Pinang meyakini integriti Suruhanjaya Pilihan Raya, PDRM dan petugasnya, tetapi semua pihak perlu mengambil berat usaha memanipulasi pilihan raya ini dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kes ini berlaku di sekeliling anda,” katanya lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Aug 09 2023

Mohamad Ikhwan Afiq (duduk, kiri) ditemui dalam sidang media di Permatang Pauh hari ini. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.

Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.

PRN: 'Jangan buat spekulasi' - Guan Eng
Lim Guan Eng meminta semua pihak termasuk media tidak membuat spekulasi mengenai ketidakhadirannya di pusat penjumlahan undi Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) pada malam Sabtu.

PRN: Pas luaskan penguasaan di Pulau Pinang
Pas berjaya meluaskan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang apabila menang di tujuh daripada 10 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15)

PRN: Calon Bebas, M Satees buat laporan polis dakwa terima ugutan
M Satees membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan daripada calon sebuah parti politik yang bertanding di kerusi sama serta beberapa individu lain.

PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Calon PN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai.

PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.

PRN: Peti tidak diikat, pengundian di sebuah pusat mengundi dihenti di Paya Terubong?
Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Relau Jalan Paya Terubong di sini kecoh apabila didapati sebuah peti undi di saluran 15 tidak diikat (seal).

PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang
Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) ini.