CHUKAI: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membuka peluang lebih besar kepada gabungan politik itu untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Noor Nirwandy Mat Noordin berkata situasi itu boleh berlaku kerana Kerajaan Perpaduan berjaya menonjolkan kematangan dan kestabilan politik pada masa ini.
"Pola pengundian bagi BN dijangka meningkat setelah tempoh 'bertenang', diambil kira selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Tempoh bertenang ini membantu pengundi khususnya bekas penyokong BN yang hilang kepercayaan sebelum ini untuk kembali menyokong BN dalam PRN kali ini, dan menjadi satu daripada faktor kelebihan BN-PH untuk menambah bilangan kerusi," katanya kepada Bernama.
Menurut Noor Nirwandy, situasi di Terengganu pada PRU15 pada hakikatnya memberikan tekanan kepada PAS untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi sebelum ini.
"Apa yang berlaku pada PRU15 mungkin akan berterusan, tetapi skalanya mungkin berkurangan...rakyat mula memahami kepentingan mendapatkan suatu keadaan politik yang stabil, matang serta selari dengan kerajaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin Dr Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar berkata PRN kali ini menjadi medan menguji kesetiaan dan keikhlasan gabungan parti-parti politik bagi memacu kemenangan di negeri itu.
"Umum mengetahui kerajaan Perpaduan hari ini yang menggabungkan PH dan BN baru berusia lapan bulan. Tumpuan yang perlu diberi oleh gabungan BN-PH adalah mengekalkan 10 kerusi DUN yang telah dimenangi mereka pada PRU14," katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Program Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Yusri Ibrahim berpendapat tempoh berkempen secara relatifnya masih panjang, apa sahaja boleh berlaku kerana politik sekarang sangat dinamik dan pola sokongan boleh berubah dengan sangat pantas.
Beliau berkata sudah tentu BN akan berjuang untuk menawan Terengganu, namun jika tidak menang sekalipun, BN-PH perlu mempunyai jumlah wakil yang signifikan dalam DUN Terengganu untuk menjalankan fungsi semak dan imbang dengan efektif.
"Di Terengganu sebagai contoh, PAS dan UMNO saling bertukar peranan sebagai kerajaan dan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya. Begitu juga menjelang PRN ini, keputusan yang sangat dominan tidak begitu ideal bagi amalan pentadbiran berasaskan demokrasi," katanya.
Jika diimbas kembali, PAS merampas Terengganu daripada BN selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN dalam PRU14 pada tahun 2018.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu memiliki seramai 930,894 pengundi dan daripada jumlah itu 64,264 adalah pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
![PRN: Peluang BN-PH tambah kerusi di Terengganu besar - Penganalisis PRN: Peluang BN-PH tambah kerusi di Terengganu besar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691456552_UNDIAWAL.jpg)
Petugas SPR diiringi anggota polis membawa kotak undi bagi proses pengundian awal sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727794611_RafiziRamli.jpg)
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
![Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
![Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712320989_DatukArmizanjpg.jpg)
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712390712_TengkuZafrulHala.jpg)
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
![Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
![Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673071109_Hajiji.jpg)
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
![Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669763046_PerikatanNasional.jpg)
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
![Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697212634_ZulkapliMohamed.jpg)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693629555_PRU.jpg)
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.