PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).
Beliau berkata jika perkara sedemikian berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang dan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Mana-mana parti (politik) bebas memberikan apa jua pandangan berbeza tidak kira sama ada pandangan terhadap kerajaan yang memerintah sekarang asalkan tidak menyentuh aspek 3R.
"Berpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak 'surut' dan saya percaya ia akan berterusan menjelang PRN nanti," katanya dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini baru-baru ini.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata tindakan sedemikian akan dipantau Pasukan Khas 3R yang ditubuhkan sejak Mac lepas.
"Saya percaya kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Razarudin Husain yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara akan memberi tumpuan kepada trend berkenaan (politik gunakan isu 3R)," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai persiapan PRN di enam negeri berkenaan, beliau berkata PDRM sentiasa berada pada tahap bersiap siaga dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi pilihan raya itu.
"SOP berkenaan antaranya memberi jaminan keselamatan terhadap rakyat yang keluar mengundi, selain memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang khususnya pada PRN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

SAIFUDDIN NASUTION: Berpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak 'surut' dan saya percaya ia akan berterusan menjelang PRN nanti. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Parlimen: Sistem aduan baharu IPCC dilancarkan bulan depan - Saifuddin
Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.