GEORGE TOWN: Jumlah pengunjung ke ceramah Pakatan Harapan (PH) di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang semalam yang rendah, bukan disebabkan kurang sokongan terhadap PH sebaliknya orang ramai memilih menonton ceramah itu secara dalam talian.
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata ceramah berkenaan semalam, telah turut disiarkan secara dalam talian di media sosial seperti Facebook parti itu.
"Sekarang ni norma baharu, jadi mereka tukar kaedah mendengar ceramah dengan tengok di dalam talian...kita ada Facebook live, mungkin reach di situ (Facebook) lebih besar daripada fizikal.
"Tetapi kita perlu berusaha walaupun secara dalam talian, fizikal kita perlu capai sasaran orang ramai, lagi pun semalam baru hari pertama dan kita ada 13 hari lagi (kempen), melibatkan pelbagai bentuk aktiviti termasuk lebih penting lagi jelajah mesra," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar tular di media sosial, yang memaparkan banyak kerusi kosong berbanding orang ramai ketika ceramah PH itu, namun pemerhatian di Facebook DAP Pulau Pinang mendapati, ceramah tersebut ditonton lebih 16,700 pelayar laman sosial berkenaan.
Chow yang juga calon DUN Padang Kota pada PRN itu, turut menolak dakwaan kononnya mereka yang hadir pada ceramah tersebut, meninggalkan dewan tersebut ketika seorang pemimpin DAP berucap sebagai tanda protes, sebaliknya pengunjung bertindak sedemikian kerana malam semakin lewat.
Mengenai sambutan orang ramai terhadap kempen PH setakat ini, Chow berkata berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, kempen secara tinjauan mesra dan bersemuka oleh calon-calon PH di negeri itu, diterima baik oleh pengundi.
"Saya hadir pada pembukaan pusat khidmat DUN Perai tadi dan saya dimaklumkan ketika tinjauan mesra calon (DAP) di pasar Taman Chai Leng, sambutan sangat bagus, malah semasa saya di Bayan Baru tadi turut mendapat sambutan yang baik...tapi kita tak nak over confident lah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata ceramah berkenaan semalam, telah turut disiarkan secara dalam talian di media sosial seperti Facebook parti itu. - Foto BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.
Kon Yeow mula tugas Ketua Menteri Pulau Pinang secara rasmi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam, memulakan tugas secara rasmi hari ini.
PRN: 'Jangan buat spekulasi' - Guan Eng
Lim Guan Eng meminta semua pihak termasuk media tidak membuat spekulasi mengenai ketidakhadirannya di pusat penjumlahan undi Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) pada malam Sabtu.
PRN: Pas luaskan penguasaan di Pulau Pinang
Pas berjaya meluaskan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang apabila menang di tujuh daripada 10 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN).
PRN: Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15)
PRN: Calon Bebas, M Satees buat laporan polis dakwa terima ugutan
M Satees membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan daripada calon sebuah parti politik yang bertanding di kerusi sama serta beberapa individu lain.
PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Calon PN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
PRN: Peti tidak diikat, pengundian di sebuah pusat mengundi dihenti di Paya Terubong?
Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Relau Jalan Paya Terubong di sini kecoh apabila didapati sebuah peti undi di saluran 15 tidak diikat (seal).
PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang
Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) ini.