KUALA LUMPUR: Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti, UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri.
Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohammad Ali Mohammad yang menyifatkan UMNO mempunyai kekuatan di negeri tersebut.
Mohammad Ali juga berkata, rakyat Melaka tidak mahu lagi terperangkap dengan janji-janji manis dari Pakatan Harapan (PH).
Selain itu beliau mendakwa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai kekuatan untuk menarik sokongan.
"Daripada pengamatan saya, kita UMNO tidak ada masalah kalau kita bertanding solo menggunakan logo Barisan Nasional, kita yakin boleh menang.
"Cuma mungkin untuk tarik sokongan bangsa lain mungkin kurang tetapi kita yakin dengan kekuatan UMNO kita mampu tawan Melaka untuk kita memerintah semula," katanya.
Mohamad yang juga dikenali dengan panggilan Cikgu Ali menjelaskan UMNO sukar untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana imej pengkhianat yang ada pada pemimpin parti serpihan itu sukar diterima akar umbi UMNO.
Beliau mendakwa akar umbi UMNO amat kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin Bersatu ketika bersama membentuk kerajaan sebelum ini.
"Bila kita lihat Bersatu kita tahu mereka ini pengkhianat, mereka ini pengkhianat kepada UMNO kerana banyak ahli-ahli Parlimen yang keluar dari UMNO untuk bersama Bersatu, mereka mengkhianti UMNO.
"Mana mungkin mereka yang telah mengkhinati UMNO akhirnya kita dukung dan dakap mereka ini dan beri kejayaan kepada mereka.
"Kalau ini berlaku, kita tidak dapat jaga hati ahli-ahli UMNO yang telah terguris di atas perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu," katanya lagi.
Mohamad juga yakin sekiranya Bersatu bertanding secara sendirian dalam PRN Melaka kali ini, parti itu akan kehilangan deposit.
"Saya yakin kalau Bersatu ini bertanding sendirian di Melaka banyak kawasan yang mereka tandingi akan hilang wang pertaruhan atau wang deposit," katanya.
Malah beliau juga yakin akhirnya Bersatu akan menjadi seperti Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, yang terkubur namun UMNO terus kekal hingga sekarang.
Mohammad Ali berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Agenda AWANI yang membincangkan tentang persiapan berdepan PRN Melaka.
Astro Awani
Tue Nov 02 2021

Mohamad yang turut dikenali sebagai Cikgu Ali menyifatkan UMNO mempunyai kekuatan di negeri tersebut. - Gambar fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.