AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) menempelak dakwaan sesetengah pihak berhubung tindakan gabungan itu menggunakan banyak wajah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Melaka (PRN) Melaka kali ini.

Menurut Penyelaras Penerangan PN, Badrul Hisham Shahrin, meskipun terdapat aduan dibuat oleh pihak tertentu berhubung perkara itu ianya tidak menyalahi Akta Pilihan Raya.

"Pertama kita tidak pernah berselindung, tetapi berbangga dengan pencapaian Tan Sri Muhyiddin, ini bukan janji tetapi satu benda yang terlaksana.

"Hari ini kita akan buat keputusan, meletakkan gambar Datuk Seri Sulaiman Md Ali di seluruh Melaka adalah salah daripada Akta Pilihan Raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Berssatu Hang Tuah Jaya di sini pada Rabu.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab babit 10,390 pengundi - SPR

Turut hadir, calon N.17 Bukit Katil Muhammad Al Afiz dan calon N.18 Ayer Molek, Mohd Fadly Samin.

Tambah Badrul, adalah menjadi satu kesalahan apabila meletakkan gambar pemimpin selain ketua parti di peringkat Negeri dan Pusat.

"Hanya presiden parti dan ketua parti negeri boleh ada gambarnya di luar kawasan dia bertanding. Sulaiman bukan ketua parti, ini masalah mereka tak selesai.

"Masalah kita perlu jelas kenapa gambar Tan Sri Muhyiddin banyak, kerana dalam Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Kecil (PRK), Presiden berada di mana-mana.

"(Kali ini) cuma gambar Muhyiddin banyak, UMNO dan BN malu hendak letak gambar Presiden UMNO, media hari-hari laporkan berkenaan rasuah korupsi dilakukan Presiden UMNO,"j elasnya lagi.

Mengulas lanjut, PN juga akan membuat laporan polis terhadap kacau ganggu bahan kempen PN di beberapa kawasan seperti yang dilaporkan ketika ini.

"Persoalan kita minta berkenaan perkara sama kacau ganggu kepada bahan kempen kami sangat tinggi, kita kerahkan di peringkat DUN-DUN membuat laporan polis," jelasnya lagi.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Sulaiman.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.