KUALA LUMPUR: Tahap peratusan keluar mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang rendah bukan sahaja diakui oleh pemerhati politik, tetapi nyata ia turut menggusarkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya situasi tersebut membuatkan penilaian semasa terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung ketika ini sukar untuk dilakukan.

Jelasnya, peratusan undi sehingga 1 tengah hari Sabtu tidak mencapai sasaran kelaziman seperti kebiasaanya selepas ia tidak melepasi tahap 50 peratus rakyat negeri itu yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

“Selalunya, setakat jam 1 tengah hari, sudah melebihi 50 atau 60 peratus. Ia sangat rendah. Itu sudah tentunya membimbangkan kami. Sukar untuk menilai kerana bila kamu pergi (ke Melaka), orangnya santun-santun, tetapi kamu tak boleh berkempen, tak boleh berkumpul ramai-ramai, ia menyalahi SOP," katanya. 


BACA LAPOR LANGSUNG PRN MELAKA DI SINI

LAYARI PORTAL INI UNTUK KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI


Walaubagaimanapun, beliau berpuas hati dengan tahap pencapaian Pakatan Harapan (PH) setakat ini dan tidak menolak kemungkinan parti yang diterajuinya itu berpeluang untuk menawan Melaka pada PRN Melaka kali ini

Setakat jam 4 petang, peratusan yang keluar mengundi direkodkan pada kadar 61 peratus
.