KULAI: "MCA, MIC tak bertanding pada PRN kali ini, tak ada kena mengenai dengan kita."
Itu reaksi Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching ketika mengulas ketiadaan calon daripada kedua-dua parti berkenaan bagi berdepan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Malah katanya, isu berhubung pembahagian kerusi pada PRN tidak timbul memandangkan ia dibuat berdasarkan parti yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lalu.
"Perbincangan pembahagian kerusi yang dilakukan adalah antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN), bukannya secara terus membabitkan DAP dengan MCA dan MIC.
"Tambahan pula asas pembahagian adalah kerusi yang dimenangi mana-mana parti akan terus ditandingi parti tersebut. Jadi, tidak timbul isu perebutan kerusi yang ingin ditandingi.
"Apa pun, kita berharap mereka dapat mendukung semangat Kerajaan Perpaduan dengan menyokong mana-mana calon parti yang bertanding," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ultimate MMA Fitness & Self Defence, Indahpura, Kulai, di sini pada Ahad.
Pada lawatan tersebut, Nie Ching turut menyempurnakan penyampaian cek sebanyak RM6,000 kepada Ketua Jurulatih MMA Cawangan Kulai, Mohamad Hisyam Kamarul Zaman.
Sementara itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, beliau tidak melihat bahawa keputusan MCA dan MIC tidak bertanding memberi laluan mudah buat DAP.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023

Nie Ching berkata isu berhubung pembahagian kerusi pada PRN tidak timbul memandangkan ia dibuat berdasarkan parti yang dimenangi pada PRU15. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.

KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.

MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.

Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.

Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.

PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.