SEREMBAN: Permuafakatan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dilihat mampu memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mempertahankan Negeri Sembilan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Mengambil kira prestasi kedua-dua parti itu yang berjaya mendominasi kesemua lapan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan BN menguasai lima dan PH tiga, adalah tidak mustahil kedudukan di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) turut bakal mencapai keputusan yang sama, sekali gus menjadi negeri tanpa pembangkang.
Pada PRU14, Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi menyaksikan PH menguasai 20 kerusi (DAP (11), PKR (6), Amanah (3)) manakala BN, 16 kerusi (UMNO (15) dan MIC (1)).
Meskipun terdapat keyakinan yang diluahkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk parti yang dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan memenangi negeri itu, namun beberapa penganalisis berpandangan ia sebagai sesuatu yang bukan mudah.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis, berkata di atas kertas, kelebihan dilihat lebih memihak kepada PH dan BN untuk mempertahankan kemenangan pada PRN kali ini.
"Gambarannya pada PRN kali ini lebih terbeban kepada PN, kalau kita tengok dalam konteks PRU15, Negeri Sembilan negeri paling selamat untuk BN dan PH, dan satu-satunya negeri yang PN tidak berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen.
"Gabungan PH dan BN ini memperlihatkan kekuatan yang lebih kukuh menerusi beberapa faktor, antaranya prestasi BN pada PRU15 yang dapat merampas semula kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah, dan PH juga mempunyai kelebihan dengan kemenangan terutamanya di kawasan bandar," katanya kepada Bernama.
Mujibu berkata selain itu, ketokohan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, turut memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan kedua-dua parti itu di Negeri Sembilan.
"Tok Mat (Mohamad Hasan) dan Datuk Aminuddin merupakan dua tokoh yang kuat. Kalau kerjasama itu dapat diterjemahkan dengan baik untuk mengekalkan undi sedia ada, maka tiada masalah untuk gabungan itu (PH-BN) terus mempertahankan negeri ini," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata dalam memastikan kemenangan, kedua-dua parti itu perlu mempergiatkan usaha dalam mengekalkan sokongan pengundi bagi mengelakkan undi protes.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata agihan kerusi antara PH dan BN perlu dilakukan sebaik mungkin, bagi memastikan kemenangan gabungan berkenaan.
"Politik di Negeri Sembilan agak berbeza, kerana tidak mempunyai pembangkang jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Selain itu, calon yang dipilih nanti juga bukan hanya mewakili parti masing-masing, tetapi bergerak sebagai satu gabungan yang dapat meyakinkan pengundi.
"PH dan BN juga perlu memastikan isu dibawa, selaras dengan manifesto yang menampakkan kebersamaan di antara kedua-duanya, apatah lagi ia gabungan yang dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata PH dan BN juga perlu memperhebatkan lagi penyampaian dan komunikasi di media sosial, dalam usaha pemasaran politik terutama kepada golongan muda kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah, sampai tanpa mengabaikan amalan secara konvensional.
Sementara itu, penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Dr Azmi Hassan berpandangan, meskipun kelebihan dijangka akan memihak kepada PH-BN, namun kedua-dua parti itu tidak boleh mengambil ringan cabaran daripada pihak lawan.
"Berdasarkan keputusan pada PRU15 lepas, memang pembangkang tidak menang kerusi di sini, tetapi senario politik kini sedikit berubah menerusi beberapa isu dimainkan oleh pihak pembangkang. Jadi perkara itu perlu diambil perhatian oleh PH dan BN sekiranya mahu menang dalam PRN nanti," katanya.
Negeri Sembilan secara rasminya membubarkan DUN hari ini. Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN pada 22 Jun, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu pada 28 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

Ketokohan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, dilihat memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan kedua-dua parti itu di Negeri Sembilan. - Gambar fail/BERNAMA

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.