KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan agar tidak sombong dan membuat kenyataan liar serta kasar terhadap UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri itu.
Demikian tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas itu memberi gambaran jelas akan persepsi dan pandangan Pas terhadap UMNO, sekali gus penanda aras kedudukan semasa Muafakat Nasional (MN).
"Pada Pas (Kedah), UMNO bukanlah rakan yang mereka hormati. Saya ingin terlebih dahulu mengajak YAB Menteri Besar Kedah untuk kembali bersama-sama berpesan pada diri kita.
"Sesungguhnya, tidak ada kerajaan angkuh yang selamat. Fir'aun, Thamud, A’ad hatta Raja Namrud adalah nama-nama kaum dan pemerintah besar dari kerajaan yang besar pada zaman dahulu.
"Mereka bijak, hebat dan kuat. Namun keangkuhan dan kesombongan telah menjatuhkan mereka. Sebesar-besar dan sehebat-hebat raja dan kerajaan, Raja Namrud itu akhirnya diuji dan tewas dengan sekecil-kecil makhluk seperti nyamuk," jelasnya membidas kenyataan Sanusi.
Kerajaan Kedah stabil kerana UMNO berlapang dada
Tambah Shaiful Hazizy, Pas sebaiknya tidak boleh berlagak sombong dengan kedudukan parti itu ketika ini serta merendahkan orang lain.
Sebaliknya tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok itu, kestabilan kerajaan Kedah ketika ini disebabkan kerana UMNO berlapang dada.
"Kerajaan Kedah stabil kerana UMNO berlapang dada. Saya tidak pasti bagaimana untuk menggambarkan perkara ini. Sama ada terlupa, atau berpura-pura lupa. Kerajaan Pas di Kedah itu terbentuk dengan sokongan UMNO.
"Malah, dalam kebanyakan kerajaan sama ada di peringkat pusat dan negeri, UMNO adalah entiti yang sama-sama membentuk Kerajaan. Benar, tanpa UMNO masih ada kerajaan di sesetengah negeri akan
kekal memerintah.
"Namun, untuk menyatakan bahawa tanpa UMNO, semua kerajaan ini dan politik kita akan lebih stabil, adalah tidak berasas dan tidak berpijak di bumi yang nyata," katanya lagi.
Kaji semula hubungan UMNO - Pas Kedah
Malah beliau turut mengajak Sanusi agar kembali kepada fakta dan realiti semasa dan bukannya berpandukan emosi semata-mata menjelang musim pilihanr aya.
Susulan kenyataan yang dikeluarkan Sanusi itu, jelasnya lagi, UMNO Kedah sewajarnya menilai semula hubungan dengan Pas yang disifatkannya angkuh dan sombong.
"Berdasarkan kedudukan ini, saya percaya wujud keperluan untuk UMNO Kedah menilai semula hubungannya dengan Pas.
"Adalah tidak produktif jika kita terus menerus cuba berpura-pura bahawa kita boleh bekerjasama, sedangkan yang terlihat saban hari adalah kerapuhan demi kerapuhan yang seakan tidak boleh diselamatkan.
"Kedua-dua parti ini harus tegas dan jelas dalam pendirian masing-masing. Jika ingin memilih haluan berbeza, nyatakan. Jika terus mahu bekerjasama, berperangailah dengan cara yang menggambarkan niat tersebut, dan bukan sebaliknya," tegas Shaiful Hazizy lagi.
Justeru ujarnya lagi, UMNO Kedah seharusnya membuat keputusan sekarang dan memberi pengajaran setimpal kepada keangkuhan Menteri Besar Kedah itu.
Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata formula untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri seluruh negara adalah bila UMNO tidak lagi memerintah.
Fareez Azman
Sun Feb 13 2022

Jelasnya, kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas itu memberi gambaran jelas akan persepsi dan pandangan Pas terhadap UMNO, sekali gus penanda aras kedudukan semasa Muafakat Nasional (MN). - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.