KUALA LUMPUR : Parti-parti politik disaran mengetengahkan 35 peratus calon muka baharu dan 65 peratus muka lama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Penganalisis Politik, Profesor Datuk Ismail Sualman berpendapat, gabungan antara calon senior dan junior itu akan dapat memastikan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang hebat.
"Saya fikir 35 peratus muka baharu, 65 peratus muka lama sebab saya lihat bahawa gabungan ini perlu ada. Kita tak mahu dia letak terlalu muda tetapi akhirnya dia buat kerja bukan-bukan.
"Sebagai contoh, saya lihat parti yang muda mereka belum melalui proses dan sebagainya , dengan cara muda mereka dan buat sesuatu yang tidak addaptable kepada jiwa orang tua pula. Orang tua ini perlu dihormati,
"Jadi, perlu ada gabungan antara pemimpin senior dan junior dan menjadi "wow" dalam pembentukan sebuah kerajaan," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Selasa.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Tambahnya, semua parti perlu mengambil iktibar daripada situasi politik di Melaka yang menunjukkan keperluan meletakkan calon lama selain muka baharu.
"Saya fikir sesetengah tempat perlu diletakkan calon yang muda, tetapi mereka perlu ada kewibawaan, track record pula mungkin tiada pengalaman tetapi mungkin kerana kelulusan dan penglibatan mereka di peringkat cawangan, bahagian, akan diambil kira untuk diletakkan ke tempat tertentu.
"Namun, saya fikir, dalam mana-mana parti politik pun, mesti ada gabungan antara (calon) tua dan muda,"kata beliau lagi.
Selain itu, parti politik perlu menggerakkan strategi masing-masing dalam mendekati pengundi muda susulan pelaksanaan Undi18 pada pilihan raya kali ini.
"Strategi perlu dilakukan memandangkan akan ada 700,000 pengundi muda dan akan datang, semua parti-parti politik perlu dekati mereka. Mereka (pengundi muda) perlu memahami apa maksud demokrasi, apa maksud hak dalam pilihan raya.Apa maksud mendapatkan seorang calon yang terbaik. Ia bermaksud kita nak ajar kepada semua pengundi ini mengundi mengikut rasional , kewarasan dan bukan emosi,"ujar beliau.
Malah,pendekatan itu penting memandangkan banyak masalah yang timbul kerana ada yang mengundi mengikut emosi dan bukan secara rasional pada pilihan raya umum lalu.
"Mungkin PRU 2018 menunjukkan banyak masalah, berdasarkan kajian saya banyak bermain emosi menyebabkan mereka tersalah pilih dan menjadikan kestabilan politik menjadi suatu yang tidak diingini," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Mon Jan 24 2022

Ismail Sualman berpendapat, gabungan antara calon senior dan junior itu akan dapat memastikan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang hebat. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Beri peluang kesihatan awam stabil sebelum PRU diadakan: Khairy
Walaupun negara telah masuk ke fasa peralihan endemik tidak bermaksud pandemik sudah tamat kerana semua pihak masih perlu berhati-hati.

SOP PRN Johor dimuktamad, lebih longgar berbanding PRN Melaka dan Sarawak - Khairy
SOP yang dimuktamadkan itu lebih longgar berbanding SOP ketika PRN Melaka dan Sarawak lalu dengan lebih banyak perkara dibenarkan sepanjang tempoh berkempen.

PRN Johor perlukan 35 peratus calon muka baharu, 65 peratus muka lama - Penganalisis
Parti-parti politik disaran mengetengahkan 35 peratus calon muka baharu dan 65 peratus muka lama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.