KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu masih bergerak solo untuk bertanding pada PRN Johor dan sebarang kerjasama dengan gabungan parti lain masih dalam pertimbangan.
"Kami (Pejuang) tidak akan menyertai mana-mana gabungan dan calon-calon kita akan bertanding di atas tiket Pejuang.
Pada waktu ini kita tidak berhasrat untuk menawarkan calon-calon kita di bawah lambang PH atau menyertai khemah besar PH," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat "Sepetang Bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir" di sini hari ini.
Mukhriz bagaimanapun mengakui terdapat perbincangan bersama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), namun sebarang bentuk keputusan kerjasama politik sewaktu PRN Johor belum dimuktamadkan.
Beliau berkata sekiranya perbincangan itu mencapai kata putus, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
"... tapi dengan pihak lain tiada perbincangan yang betul-betul mendalam, contohnya seperti PH," katanya.
Pada 24 Jan, Anwar, selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH, berkata semua parti pembangkang termasuk Pejuang, Warisan dan Muda perlu bekerjasama di bawah satu khemah besar bagi menghadapi PRN Johor.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu masih bergerak solo untuk bertanding pada PRN Johor dan sebarang kerjasama dengan gabungan parti lain masih dalam pertimbangan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pejuang diajak kembali sertai Bersatu atau pilih Pas
Ini kerana rakyat sudah muak dengan perpecahan parti Melayu sehingga menyebabkan wujudnya begitu banyak parti ditunjangi Melayu.

PRU15: Keputusan GTA bertanding di Terengganu bukan sekadar cuba nasib
GTA Terengganu menyasarkan kemenangan di beberapa Parlimen dengan mempertaruhkan lapan calon terdiri daripada golongan profesional dan usahawan.

Nazri alu-alukan Gerakan Tanah Air, yakin UMNO masih dekat di hati rakyat
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengalu-alukan penubuhan Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.

PRN Johor: Pejuang umum manifesto tambahan
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan beberapa penambahan kepada manifesto 'Aspirasi Johor' parti itu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya mencadangkan portfolio Pengu

PRN Johor: Pejuang lebih ikhlas perjuang nasib rakyat Johor - Abdul Aziz
Calon Pejuang, Abdul Aziz berkata, politik memerlukan kuasa dan sukarelawan, dan beliau yakin dapat mengimbangi kedua-duanya.

"Najib ada angan-angan tinggi, mahu dilepaskan untuk jadi PM" - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menempelak Datuk Seri Najib Razak, dan menyeru rakyat supaya tidak mempercayai kata-kata Ahli Parlimen Pekan itu

PRN Johor: Pejuang lancar lagu rasmi
Menggunakan konsep irama kontemporari dan moden, lirik lagu parti membariskan 22 ayat antara lain menyentuh hal mengenai konsep survival Melayu, demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

PRN Johor: Pejuang fokus menang kerusi sebanyak mungkin, calon MB kemudian - Mukhriz
Tiada keperluan untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menamakan calon Menteri Besar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

PRN Johor: Pejuang tidak berhasrat sertai khemah besar PH - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.