JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akur dengan arahan pengosongan premis dikeluarkan PIJ Holdings Sdn Bhd, berhubung dakwaan pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan tanpa kebenaran, yang digunakan sebagai pusat operasi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Setiausaha Agung MUDA Amira Aisya Abd Aziz berkata langkah itu bagi membolehkan parti itu terus memfokuskan kepada kempen menyantuni dan mendekati masyarakat, termasuk pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.
"Apabila diarahkan untuk keluar, kita tidak mahu menyukarkan dan menyulitkan tugas mana-mana pihak. Semalam, saya sendiri sudah berpesan kepada rakan-rakan di DUN Larkin supaya cepat-cepat mencari bilik gerakan baharu. Jadi sekarang ini mereka dalam proses berpindah ke kawasan lain," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram di sini hari ini.
Turut hadir Presiden MUDA yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abd Rahman.
BACA: MUDA nafi ceroboh aset GLC Johor
BACA: GLC lapor polis, dakwa MUDA ceroboh, guna aset inkubator usahawan
Bagaimanapun Amira Aisya yang juga calon MUDA bagi kerusi DUN Puteri Wangsa berkata pihaknya akan membuat tuntutan semula wang deposit yang telah dibayar selepas selesai PRN Johor.
"Kita akan tuntut balik ganti rugi terutama sekali sewa dan deposit yang kita sudah bayar bagi tempoh dua bulan, kita nak lah kembali deposit dan sewa itu, dan tuntutan akan dibuat selepas pilihan raya ini," katanya.
Pada Jumaat lepas, PIJ Holdings menerusi syarikat subsidiarinya PIJ Property Development Sdn Bhd, dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap MUDA berhubung pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan berkenaan, yang terletak di Taman Perbadanan Islam, Stulang Baru, tanpa kebenaran sekali gus meminta parti itu segera mengosongkan dan mengembalikan premis tersebut.
PIJ Holdings yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Johor memaklumkan bahawa, premis tersebut dibangunkan bagi usahawan memulakan perniagaan mereka dan bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai pusat operasi bagi mana-mana parti politik.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Sementara itu, Amira Aisya memaklumkan pihaknya telah membuat dua laporan polis di Balai Polis Bandar Dato' Onn, berhubung tindakan berunsur khianat yang dibuat terhadap bahan kempennya di DUN Puteri Wangsa pada Isnin dan semalam.
DUN Puteri Wangsa menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Amira Aisya dengan Adzrin Adam (Bebas), Ng Yew Aik (Barisan Nasional), Dr Khairil Anwar Razali (Parti Pejuang Tanah Air), Loh Kah Yong (Perikatan Nasional) dan Steven Choong Shiau Yoon (Parti Bangsa Malaysia).
Pada PRN Johor ini, MUDA buat pertama kali bertanding pada pilihan raya melibatkan tujuh kerusi DUN iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa, Larkin dan Bukit Permai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
![PRN Johor: MUDA akur arahan kosongkan premis PIJ Holdings PRN Johor: MUDA akur arahan kosongkan premis PIJ Holdings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644536111_AmiraAisya.jpg)
Amira Aisya yang juga calon MUDA bagi kerusi DUN Puteri Wangsa berkata pihaknya akan membuat tuntutan semula wang deposit yang telah dibayar selepas selesai PRN Johor.- Gambar fail/Facebook
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681466737_TBMASHUP.jpg)
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
![Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674943400_HasniMohamad.jpg)
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
![Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15 Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668519732_HasniMohamad.jpg)
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667323391_TBmuhyiddin.jpg)
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
![PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649688483_MenteriBesarSelang.jpg)
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
![Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650963416_SPRMMDBrasuah.jpg)
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
![Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650721800_TBHasniMohamad.jpg)
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
![Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/41505729185_DatukTeeSiewKiong.jpg)
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
![PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646808551_TBTUNM.jpg)
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.