ISKANDAR PUTERI: Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan dan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan campur tangan dengan sebarang keputusan dibuat SPR yang juga sebuah badan bebas.
"Kita tunggu sahaja pengumuman SPR. Saya pasti sebelum mereka (SPR) umum SOP PRN Johor, mereka akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Taman Nusantara di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan pakar kesihatan awam mengatakan kempen secara bersemuka tidak sesuai pada pilihan raya tersebut memandangkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang membuka laluan khas kepada pekerja rakyat Johor yang kini berada di Singapura untuk pulang mengundi, Ismail Sabri berkata perkara itu perlu melihat kepada peraturan semasa negara jiran itu.
"Kalau boleh kita memang hendak rakyat bebas balik mengundi kerana dari segi demokrasi setiap rakyat berhak untuk mengundi tapi mereka berada di Singapura dan terpaksa mematuhi peraturan dan undang-undang Singapura.
BACA: KKM setuju SOP PRN Johor, yakin tiada peningkatan kes - Khairy
"Tetapi kalau pintu ditutup kerana faktor kesihatan dan Singapura ada peraturan tertentu yang menyukarkan rakyat balik, maka kena patuh kerana ini juga melibatkan negara mereka," katanya.
SPR menetapkan PRN Johor pada 12 Mac, manakala penamaan calon pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan campur tangan dengan sebarang keputusan dibuat SPR yang juga sebuah badan bebas. - Foto Astro AWANI/Mohamad Noor Fitri MZ
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRN Johor: Kerajaan serah kepada SPR tentukan SOP - PM
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan dan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: SPR sasar keluarkan SOP sebelum hari penamaan calon
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Johor, yang jatuh pada 26 Februari ini.