KLUANG: Keputusan rasmi mengenai penggunaan sekolah menengah di Johor sebagai pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan akan dibuat selepas pertemuan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alimin berkata, pertemuan antara Menteri Pendidikan dan pihak SPR itu dibuat di Putrajaya.
Beliau berkata, sekiranya keputusan yang dibuat SPR untuk menggunakan premis berkenaan tetap dilakukan, pihak KPM akur kerana ia termaktub dalam tuntutan Akta Pilihan Raya 1958.
"Kita memahami ketika PRN Johor nanti ada sebahagian bangunan sekolah termasuk bilik darjah akan digunakan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun kita akan pastikan keadaan selamat.
"Kita di KPM juga akan meminta semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya berkenaan termasuk SPR untuk membantu memastikan tiada sebarang risiko terutama kepada calon SPM," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja beliau ke daerah ini hari ini.
Mohamad berkata KPM juga meminta pihak terlibat dalam proses pengundian semasa PRN Johor untuk membantu memastikan kelancaran peperiksaan SPM yang akan bermula dari 2 hingga 29 Mac depan.
BACA LAPOR LANGSUNG PRN JOHOR DI SINI
"Kita di KPM juga berharap agar prosedur operasi standard (SOP) dipertingkat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan calon SPM," katanya.
KPM sebelum ini memohon kerjasama SPR agar sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi kerana tidak mahu segala persediaan peperiksaan yang telah disusun atur terganggu.
SPR menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor dengan penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.