JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dijual di Ibu Pejabat SPR Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor mulai semalam.
Menurut SPR dalam kenyataan hari ini, menerusi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, suruhanjaya itu dibenarkan menjual daftar pemilih termasuk Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2021 (DPT BLN12/2021) dan Daftar Pemilih Induk 2021 (DPI 2021) secara salinan cetak dan softcopy.
"Daftar pemilih softcopy boleh didapatkan dalam dua format berbeza iaitu Portable Document Format (PDF) atau format Microsoft Access Database (MDB) dengan kadar harga yang telah ditetapkan dan boleh dibeli melalui Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau di semua Pejabat PRN," menurut kenyataan itu.
Katanya, SPR sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab serta fungsi-fungsinya termasuk urusan penyediaan daftar pemilih yang kini diperakukan dan diwartakan secara bulanan.
Menurut SPR, DPT BLN12/2021 telah diwartakan pada 14 Jan, manakala DPI 2021 diwartakan pada 17 Jan lepas juga boleh disemak melalui beberapa kaedah termasuk di portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my; aplikasi dalam talian di https://mysprsemak.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak dan portal rasmi pejabat-pejabat PRN di laman http://ppn.spr.gov.my.
"Di samping itu, SPR juga menyediakan kemudahan semakan dalam talian di https://myspr.spr.gov.my, bagi pemilih berdaftar yang mempunyai akaun MySPR (sebelum ini dinamakan MySPR Daftar) selain menyemak senarai nama pemilih dalam DPT BLN12/2021 bagi bahagian pilihan rayanya," menurut SPR.
SPR menegaskan bahawa pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah berdasarkan maklumat warganegara diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
SPR menasihatkan semua bakal pengundi PRN Johor supaya membuat semakan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai semalam di pautan berkenaan atau hubungi 03-88927018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
SPR menasihatkan semua bakal pengundi PRN Johor supaya membuat semakan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka. - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota persediaan akhir menjelang hari mengundi lancar
Persiapan untuk hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esok berjalan lancar, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak.
PRK Mahkota: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup 5 petang
Proses pengundian awal bagi PRK DUN Mahkota tamat apabila tiga pusat ditutup pada 5 petang, setelah dibuka 8 pagi tadi.