SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan negeri jika gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.
Pengerusi PH Selangor itu berkata beliau cenderung untuk terus menjawat jawatan berkenaan bagi membantu kerajaan negeri melengkapkan pelaksanaan pelbagai pelan pembangunan yang telah dirangka bagi kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat Selangor.
"Walaupun pelan itu adalah kerja berpasukan, saya percaya saya juga bertanggungjawab untuk melunaskan dan melengkapkan pelaksanaan pelan yang telah ditawarkan kepada rakyat terutamanya dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
"Hasrat ini juga seiring dengan komitmen saya untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang saya sandang ketika ini pada PRN akan datang," katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata hasrat tersebut sekali gus menafikan khabar angin bahawa terdapat perancangan untuk menukar kedudukannya sebagai Menteri Besar kepada Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan selepas PRN.
Menurut Amirudin secara umumnya kepimpinan PH di peringkat negeri sepakat dan bersetuju untuk beliau terus mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar.
"Cakap-cakap di luar sana banyaklah... ada yang kata saya akan ke Persekutuan, tukar dari Menteri Besar kepada Menteri Kabinet tetapi sebagaimana saya, PH Selangor juga cenderung dan sepakat untuk saya kekal sebagai Menteri Besar.
"Setakat ini perbincangan dengan Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tiada perancangan untuk saya bertukar atau sebagainya," katanya dan menambah sebagai ahli parti beliau akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan di peringkat pusat.
Amirudin menyandang kerusi DUN Sungai Tua (sebelum ini dikenali sebagai DUN Batu Caves) sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2018 dan terus kekal di kerusi itu untuk tiga penggal berturut-turut hingga PRU-14.
Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 19 Jun 2018 selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Dalam pada itu, Amirudin menempelak Perikatan Nasional (PN) yang tidak berani menamakan calon Menteri Besar di sebalik usaha agresif beberapa pimpinan parti itu termasuk Mohamed Azmin yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Antarabangsa menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat Selangor.
Katanya situasi tersebut menunjukkan PN tidak yakin dengan keupayaan bekas Menteri Besar itu walaupun sebelum ini Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu akan menduduki kerusi Menteri Besar sekiranya pakatan yang turut disertai PAS dan Gerakan memperoleh majoriti dalam PRN nanti.
"Bukan setakat tidak berani menamakan siapa-siapa untuk menduduki kerusi Menteri Besar, malah orang yang dikatakan bakal Menteri Besar itu juga sampai sekarang pun masih berteka-teki mengenai kerusi yang hendak ditandingi.
"Saya tahu rakan-rakan kita dalam PAS juga berhajat dan berniat besar untuk menjadi Menteri Besar, malah akar umbi mereka percaya calon PAS lebih layak untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.
Sehubungan itu, Amirudin menggesa rakyat Selangor membuat pilihan bijak dengan mengundi calon PH-BN dalam PRN akan datang demi menjamin kesinambungan pentadbiran yang ternyata berjaya mengemudi Selangor menjadi negeri paling cemerlang dari aspek pembangunan ekonomi dan sosial walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi getir pandemik COVID-19 serta kelembapan ekonomi dunia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Ahli Parlimen Gombak itu berkata hasrat tersebut sekali gus menafikan khabar angin bahawa terdapat perancangan untuk menukar kedudukannya sebagai Menteri Besar kepada Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan selepas PRN. - Foto fail/BERNAMA
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Selangor rangka peruntukan khas persediaan SUKMA 2026 - Amirudin
Langkah itu bagi menampung keperluan sekiranya jumlah peruntukan RM6 juta melalui Belanjawan Selangor 2025 tidak mencukupi.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Selangor pertimbang naikkan gaji pegawai di pusat khidmat masyarakat - Amirudin
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.
Ramai kanak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.