Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
Pada PRK kali ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mempertaruhkan bekas penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 55, sebagai 'ayam tambatan' mereka.
Selain dua parti ini, turut dijangka mengetengahkan calonnya adalah Gerakan, bekas parti komponen BN, yang telah mengumumkan untuk keluar parti sejurus kekalahan BN pada PRU14.
Calon pilihan Gerakan ialah seorang peguam dan akauntan bertauliah yang juga Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu, Wendy Subramaniam, 38.
Di samping tiga parti itu, PRK kali ini juga nampaknya menarik kerana Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) juga sudah mengesahkan semalam untuk meletakkan calon iaitu Presidennya sendiri, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.
Turut dijangka bertanding adalah seorang calon Bebas yang mewakili Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) Datuk Shamsubahrin Ismail.
Tempoh pencalonan adalah selama sejam, diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya, Zulkifly Mohd Tahir kira-kira 11 pagi.
Sehingga semalam, sebanyak 27 set borang pencalonan telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada parti-parti utama dan individu.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, daripada Bersatu yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Pada PRU14 Mei tahun lepas, Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi. -Gambar fail
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
PRK Tanjung Piai bermula dengan penamaan calon pukul 9 pagi
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.