SEPANG: Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada minggu depan.


Ringkasan AI
  • Calon PKR Mewakili Kerajaan Perpaduan: Calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mewakili Kerajaan Perpaduan dalam PRK DUN Sungai Bakap. Keputusan ini dicapai setelah kesemua kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang bersetuju dalam mesyuarat khas. Tiada pertikaian atau permintaan dari mana-mana parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan untuk meletakkan calon daripada parti mereka.
  • Pengumuman Calon: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan mengumumkan calon selepas berbincang dengan anggota komponen Kerajaan Perpaduan. Kepimpinan bersetuju untuk meletakkan calon dari PKR dan pengumuman akan dibuat pada minggu depan.
  • Kematian Penyandang Kerusi: Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu. Beliau memperoleh 15,433 undi dalam PRK sebelumnya, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Norhidayah Che Ros, yang memperoleh 13,870 undi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan membuat pengumuman itu selepas berbincang dengan anggota komponen Kerajaan Perpaduan.

Setakat ini katanya, kepimpinan bersetuju untuk meletakkan calon dari PKR.

"Yang itu (soal calon) kita dah senarai. Kita ambil calon yang layak. Ramai yang layak insya-Allah, kita umum pada minggu depan. Tarikh saya minta Timbalan Presiden, Rafizi untuk umum.

"Selalunya, prosesnya kita bincang, kepimpinan parti (PKR) sudah, tapi kepimpinan PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional) kita maklum.

"Setakat ini dicadangkan begitu (calon PKR), tapi kita akan muktamadkan dalam mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan bersama Anwar pada bagi menentukan hala tuju dan calon untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

Berdasarkan kepada keputusan yang lalu, kerusi DUN Sungai Bakap dimenangi Nor Zamri yang memperoleh 15,433 undi atau majoriti 1,563 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Norhidayah Che Ros (13,870 undi).