Halimey Abu Bakar, calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia, yakin beliau mendapat sokongan daripada sesetengah 'penyokong senyap' Pas di kawasan itu.
"Ini akan memberikan kelebihan kepada saya dalam persaingan itu. Memandangkan saya orang tempatan dan ibu bapa saya juga orang sini (Seri Setia), banyak orang UMNO dan Pas mengenali saya dan ibu bapa saya," kata beliau.
"Justeru, sokongan Pas akan ada tetapi silent (senyap). Saya jangka kalau dapat 30-40 peratus sokongan PAS pada hari pengundian pun cukup baik," kata beliau kepada Bernama selepas menganjurkan jamuan Hari Raya Aidiladha bagi media di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di sini hari ini.
Halimey dari Parti Keadilan Rakyat sedar bahawa Pas telah menjalin kerjasama dengan penyokong UMNO dalam usaha untuk menembusi kawasan di Seri Setia dan oleh itu beliau tidak mengambil mudah lawannya dari Pas, Dr Halimah Ali.
Pilihan raya kecil Seri Setia pada 8 Sept diadakan berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus. Pilihan raya kecil Seri Setia diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Balakong.
Selangor menyaksikan tiga pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan pilihan raya kecil pertama di Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos.
PRK Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Halimey, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dr Halimah yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Selat Klang.
Mengenai isu yang dihadapi oleh penduduk PPR Lembah Subang, Halimey berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan meminta supaya satu penyelesaian diusahakan dengan menggantikan lif dan tangki air di flat kos rendah itu.
Beliau berkata unit-unit ini mempunyai salah satu daripada jumlah penduduk tertinggi dari kumpulan bawah B40 dan usaha akan dijalankan untuk meningkatkan status sosio ekonomi penduduk.
Halimey berkata kebanyakan penduduk dari akar umbi yang ditemui mahu wakil dari kerajaan yang memerintah dipilih untuk memastikan kesinambungan "Inisiatif Peduli Rakyat" yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor yang diterajui PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 22 2018
Halimey (Kiri) berdepan calon dari Pas Dr Halimah Ali untuk memikat hati pengundi Seri Setia. - Gambar fail
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
PRU15: Bendera parti diturunkan, petugas SPR tampil beri penjelasan
Tindakan itu dibuat kerana pemasangan bendera tersebut melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang
Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 23,423 orang berbanding 53,492 pengundi layak mengundi bagi DUN Seri Setia.
Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan
Halimey turut menggesa pengundi Seri Setia turun menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.
'Kereta Camry buruk saya sahajalah kalau nak isytihar' - Halimah
Calon Pas di DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytihar harta.
Calon PH Seri Setia menangis jawab kenyataan calon Pas
Suasan PRK di Dun Seri Setia semakin hangat dengan tempoh berkempen tinggal kurang 48 jam lagi.
PRK Seri Setia: Penganjur debat tidak mohon permit - calon PH
Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi penganjur program tersebut juga terdiri daripada penyokong Pas, malah turut tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
PRK Seri Setia: Agaknya Halimey gentar untuk berdebat - Dr Halimah
Menurut Dr Halimah, beliau telah menerima jemputan debat berkenaan hari ini.
PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey
Halimey berkata beliau hanya mendapat tahu mengenai dakwaan kononnya beliau dan Dr Halimah akan berdebat hanya melalui penyebaran maklumat yang tular di media sosial.
Isu BR1M, janji 100 hari PH tidak gugat pengundi Seri Setia - Halimey
Program Inisitif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor lebih besar sumbangannya dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.