Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengucapkan tahniah kepada Vivian Wong Shir Yee atas kemenangan besarnya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata beliau yakin majoriti yang diperoleh beliau akan lebih besar jika lebih ramai pengundi keluar mengundi.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberikan kepercayaan kepada Vivian.
"Pengundi Sandakan sekali lagi menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah-bagi kepada kerajaan yang dipimpin Warisan," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Vivian, 30, mempertahankan kerusi DAP itu dengan majoriti lebih besar 11,521 undi menewaskan pencabar terdekatnya Datuk Linda Tsen Thau Lin dari Parti Bersatu Sabah.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain di sini malam tadi.
Mohd Shafie berkata beliau menyifatkan kemenangan Vivian sebagai kemenangan rakyat serta penerimaan kerajaan yang diterajui Warisan.
"Kemenangannya adalah petunjuk yang sangat jelas bahawa UMNO tidak lagi memberi kesan kepada pengundi masyarakat Islam yang kali ini, keluar untuk memberi sokongan kuat kepada calon DAP.
"Saya berharap Vivian akan meneruskan warisan ayahnya. Mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt merupakan ahli Parlimen yang berdedikasi (untuk Sandakan) dan saya yakin Vivian dapat mengikuti jejak langkahnya," kata beliau.
Mohd Shafie berkata kerajaan pimpinan Warisan, yang bergabung dengan Pakatan Harapan dan UPKO, akan terus menunaikan janji kepada rakyat.
"Saya akan membimbing Vivian ketika beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik muda dan saya memberi jaminan kepada pengundi Sandakan bahawa saya akan kembali seberapa kerap yang mungkin untuk memastikan projek pembangunan digerakkan untuk memulihkan ekonomi bandar ini yang dahulu kaya dengan hasil balak," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat May 11 2019

Mohd Shafie menyifatkan kemenangan Vivian sebagai kemenangan rakyat serta penerimaan kerajaan yang diterajui Warisan. - BERNAMA/Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.