MUAR: Pengundi muda dalam kalangan ahli UMNO dilihat mula memberi sokongan positif kepada calon Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh seminggu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata pihaknya berharap momentum positif itu akan berkekalan dan diterjemahkan melalui sokongan di kertas undi pada 9 Sept ini, sekali gus menyumbang kemenangan kepada PH.
"Strategi yang kita guna agak berbeza sikit. Hari ini strategi adalah satu sama satu...kita pergi ke setiap cawangan untuk beri penerangan secara jelas sebab mereka ini masa Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, kerajaan baru ditubuhkan dan beberapa lagi isu penerangan tidak sampai ke bawah.
"Jadi ini menimbulkan syak wasangka, jadi kali ini strategi lebih bersasar dan fokus kepada Pemuda UMNO, fokus kita keluarkan seberapa ramai ahli Pemuda UMNO untuk keluar mengundi pada 9 Sept ini dan seterusnya mengundi Kerajaan Perpaduan," katanya.
Dr Muhamad Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra dengan komuniti belia dan anak muda Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2, di sini, semalam.
Mengulas isu kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu, beliau berkata, bekas perdana menteri itu tidak seharusnya menggunakan sentimen hukum-menghukum kerana ia merupakan satu cara yang tidak sihat dan boleh memecah-belahkan masyarakat Islam.
"Muhyiddin ini pemimpin, rakyat akan terkesan setiap bait kata dikeluarkan pemimpin, jadi sebagai pemimpin saya minta kita boleh berbeza pendapat dan berbahas ideologi dan polisi. Tapi perkara ini tidak baik untuk minda masyarakat.
"Kita nak berkempen dengan sihat kena ada politik matang dan progresif. Jadi hukum haram bukan tugas kita, kalau tiada dalil jangan bawa main dan kita harap perkara ini dihentikan supaya kita boleh kempen secara sihat," katanya.
Muhyiddin semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas, di sini, Sabtu malam, dilaporkan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada calon PH PRK Pulai, Suhaizan Kaiat, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada Selasa ini dan hari mengundi pada Sabtu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Dr Muhammad Akmal (tengah) mengadakan sidang media selepas menghadiri perlawanan bola sepak bersama komuniti belia Simpang Jeram di Padang Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2, Muar, 3 Sept 2023. --fotoBERNAMA
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja sertai pasukan pembelaan
Muhyiddin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King's Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport hadir graduasi cucu di London
Mahkamah membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara, bagi menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian peribadi dan prosiding kes saman fitnah.
Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.
Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat
Bersatu akan hantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua ADUN berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi mereka ketika ini.
Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin
Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56% berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tindakan itu seolah-olah tidak mengendahkan nasib rakyat
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Subsidi bersasar diesel: Muhyiddin dakwa Anwar tak tahu apa perlu dilakukan
Muhyiddin berkata, ramai yang mempersoalkan kesan penarikan balik subsidi diesel ke atas kenaikan harga barang dan kos sara hidup.