BENTONG: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.
Amizar berkata beliau mahu melihat aspek pendidikan menjadi asas kepada masyarakat Orang Asli di situ, sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik bagi merubah nasib keluarga.
"Saya ada bertanya kepada beberapa anak muda, ada yang berumur 15 dan 14, tetapi mereka kurang mendapat pendidikan. Hasrat saya untuk menambah nilai tahap pendidikan sehingga menjadi asas masyarakat Orang Asli di sini," katanya kepada pemberita selepas menyantuni penduduk Orang Asli Ulu Semei hari ini.
Beliau berkata kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan keperluan masyarakat Orang Asli dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup mereka setanding kaum lain di negara ini.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM12.32 juta pada tahun ini bagi meningkatkan taraf kehidupan komuniti Orang Asli dalam pelbagai aspek di Pahang.
Dalam pada itu, Tok Batin kampung berkenaan Yihang Atung berkata Amizar yang merupakan anak tempatan dilihat sebagai calon tepat bagi meneruskan usaha kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan Orang Asli di DUN Pelangai.
Menurut Yihang, seramai 83 daripada keseluruhan 185 penduduk Kampung Orang Asli Ulu Semei layak mengundi pada PRK DUN Pelangai.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK itu diadakan susulan kematian Datuk Seri Johari Harun, 53, yang merupakan penyandang bagi DUN itu dalam nahas pesawat di Elmina, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 7 Okt ini manakala 3 Okt sebagai tarikh pengundian awal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Amizar berkata kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan keperluan masyarakat Orang Asli dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup mereka setanding kaum lain di negara ini. - Gambar fail/Sinar Harian

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.

Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.

PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik
Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.

Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan
Beliau berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan BN di PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini.

PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar
Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.

PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.

'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.

PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.