BINTULU: Memasuki minggu kedua tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberikan fokus kepada usaha meliputi semua kawasan di dalam DUN berkenaan.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Pengarah Pilihan Raya GPS Jepak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata agenda utama mereka adalah untuk memperkenalkan calon GPS kepada pengundi dan menyampaikan inti pati manifesto yang ditawarkan gabungan itu.
"Kita mahu supaya mesej sampai kepada semua kerana kita dapati kadang-kadang ada usaha kita yang baik telah diputar belit (oleh pihak lawan) termasuk dalam media sosial.
"Yang penting ialah kita mahu pengundi faham apa yang ditawarkan dalam manifesto," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kursus Kesedaran Keusahawanan Digital di sini hari ini.
Semalam, GPS melancarkan manifestonya untuk PRK Jepak yang mengandungi tawaran pembangunan prasarana serta sosioekonomi buat penduduk di kawasan itu.
Manifesto yang menggariskan 14 teras utama itu antara lain menawarkan pembinaan rumah mampu milik, memperbanyak skim penempatan semula dan pembesaran kampung serta baik pulih dan bantuan pembinaan rumah panjang.
PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
PRK DUN Jepak pada 4 Nov ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis. Tiada pusat mengundi awal akan dibuka esok selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

Awang Tengah berkata agenda utama mereka adalah untuk memperkenalkan calon GPS kepada pengundi dan menyampaikan inti pati manifesto yang ditawarkan gabungan itu. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.

PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini
Sebanyak 14 pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang, tiga lagi pada 4 petang.

PRK DUN Jepak: Polis lulus 128 permit ceramah dan kempen
Polis Sarawak hanya menerima lima laporan polis sepanjang tempoh berkempen PRK berkenaan.

TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.

PRK Jepak: Jentera GPS fokus liputi semua kawasan - Awang Tengah
Memasuki minggu kedua tempoh kempen bagi PRK DUN Jepak, jentera GPS akan memberikan fokus kepada usaha meliputi semua kawasan di dalam DUN berkenaan.

Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.

Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.

PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.

PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperkenalkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dalam masa terdekat.

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Jepak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK Jepak.