KUALA LUMPUR:Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti sama ada mahu bertanding atau menarik diri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Ketua Srikandinya, Datuk Azizah Mohd Dun berpandangan, apa yang penting adalah keselamatan rakyat perlu diutamakan, sekiranya pilihan raya masih perlu diteruskan.
"Bagi saya kalau untuk parti saya, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya tidak mempunyai hak untuk bercakap seperti itu (menarik diri daripada bertanding), tetapi ia terpulang kepada kepimpinan parti untuk melihat apa yang baik untuk rakyat di kawasan Batu Sapi," katanya kepada Astro AWANI di Lobi Parlimen, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, beliau secara peribadi berharap agar PRK Parlimen Batu Sapi dapat ditangguhkan, sementara waktu.
Namun, katanya perkara itu perlu diteliti secara mendalam oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan pilihan raya perlu diadakan selepas satu-satu kekosongan kerusi.
"Walaupun dalam Perlembagaan itu memang dalam 60 hari mesti diadakan (pilihan raya), tetapi mungkin ada cara lain yang boleh dilihat (termasuk) mungkin Yang di-Pertuan Agong dapat melihat bagaimana cara kita dapat mengatasi masalah supaya pilihan raya tidak dapat diadakan.
"Jadi, rakyat akan lebih selamat dengan cara itu kerana kita telah melihat bagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kita berhadapan dengan gelombang ketiga yang telah menyebabkan begitu ramai dijangkiti COVID-19," katanya.
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lepas.
SPR menetapkan 23 November ini sebagai tarikh penamaan calon, 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal sementara 5 Disember sebagai tarikh mengundi.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 16 2020

AZIZAH: Terpulang kepada kepimpinan parti untuk melihat apa yang baik untuk rakyat di kawasan Batu Sapi. - Gambar fail

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.