Mandat siapa yang harus menjadi Presiden UMNO selepas ini harus dipulangkan kepada ahli parti itu sendiri jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal mengalami nasib sama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penganalisis politik yang felo penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri bagaimanapun berkata UMNO juga harus menerima hakikat seandainya bakal presiden parti itu bukan datang dari mereka yang memegang jawatan sedia ada.
“Keadaan sama juga mungkin boleh berlaku terhadap Ahmad Zahid malah ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang berdepan kes di mahkamah.
“Jika berlaku sudah pasti beri memberi kesan kepada kepimpinan dan berbalik kepada isu siapa bakal menjadi Presiden UMNO di antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang dikatakan akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Pak Long).
“Mereka yang tidak ada di dalam Majlis Tertinggi juga layak, contohnya Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
BACA: Kerajaan hormati keputusan mahkamah ke atas Najib - PM Muhyiddin
BACA: 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
Beliau mengulas persoalan kemampuan UMNO untuk menerima Mohamad Hasan atau Ismail Sabri seandainya Ahmad Zahid menerima tempias yang sama seperti Najib.
Sesiapa jua, antara keduanya akan menjadi kemudi utama UMNO yang pastinya bukan sahaja berdepan peluang untuk menjadi menteri paling kanan dari UMNO dalam kerajaan malah turut berdepan cabaran yang besar untuk PRU15.
Dalam pada itu, kata Dr Achmad Dzariean, UMNO juga perlu melihat mereka yang di luar lingkungan Majlis Tertinggi untuk dijadikan pemimpin akan datang.
Jelasnya, masih banyak muka lama di dalam UMNO yang dikatakan perlu muka serta kepimpinan baharu untuk memastikannya terus hidup di pentas politik negara.
“Soal hendak tentukan isu ini bukan orang awam tetapi ahli UMNO dan kita kena akui PRU15 akan berlaku dalam sedikit masa lagi.
“Selepas PRU15, UMNO kena menyusun semula parti dan menentukan siapa yang akan dijadikan pemimpin seandainya situasi ada pemimpin parti itu yang masih berhadapan kes di mahkamah,” tegasnya.
Najib pada Selasa didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Astro Awani
Wed Jul 29 2020
Dr Achmad Dzariean berkata UMNO harus menerima hakikat seandainya bakal presiden parti itu bukan datang dari mereka yang memegang jawatan sedia ada. - Fail
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.