Dalam usaha melakukan penjenamaan semula, Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) bercadang menukar nama kepada 'my PPP' dengan PPP membawa maksud Peace (Keamanan), Progressive (Kemajuan) dan Prosperity (Kemakmuran).
Justeru, Presidennya Tan Sri M. Kayveas berkata parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar November ini untuk mendapatkan persetujuan dan sokongan anggota akar umbi bagi penukaran nama serta logo parti itu.
"Setelah mendapat persetujuan ahli parti, pindaan tersebut akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi kelulusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di ibu pejabat parti di sini, hari ini.
Beliau berkata usaha itu bertujuan menyuntik semangat baharu kepada anggotanya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Katanya parti juga akan mengadakan mesyuarat agung ke-62 pada 13 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sementara itu, Kayveas berkata PPP buat julung kalinya akan menganjurkan rumah terbuka Deepavali pada 10 Nov ini di Brickfields, di sini.
Katanya penganjuran rumah terbuka itu berikutan lebih 50 peratus anggota PPP merupakan kaum India.
Ketika diminta mengulas tentang kenaikan kadar tol baru-baru ini, Kayveas yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Pengangkutan berkata rakyat tidak seharusnya beremosi, sebaliknya perlu memahami keadaan ekonomi negara dan dunia.
Bernama
Fri Oct 16 2015

KAYVEAS: Usaha itu bertujuan menyuntik semangat baharu kepada anggotanya sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14. -Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

1MDB: Terpulang kepada Najib untuk ambil tindakan ke atas pemfitnahnya - Kayveas
Terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nakib Tun Razak untuk menyaman pihak yang menuduh pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad, kata Presiden Parti Progresif Rakyat Malaysia.

PPP cadang tukar nama kepada 'my PPP' - Kayveas
Dalam usaha melakukan penjenamaan semula, Parti Progresif Penduduk Malaysia bercadang menukar nama kepada 'my PPP' dengan PPP membawa maksud Peace, Progressive dan Prosperity.