KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menolak penamaan Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku Ketua Menteri 'caretaker' selepas terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan Majlis Presiden PH menerusi kenyataan media pada Selasa.
"Majlis Presiden meneliti kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka semalam khusus berhubung penamaan Datuk Seri Utama Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri yang mengetuai Kerajaan ‘caretaker’ Melaka.
"Dalam kenyataan tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mengakui bahawa Perlembagaan Negeri Melaka tidak memperuntukkan fungsi dan peranan sebuah Kerajaan ‘caretaker’ dan seterusnya merujuk konvensyen sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel," jelas kenyataan itu.
Malah PH menegaskan mereka pendirian menolak pembubaran DUN yang disifatkan sebagai tidak berperlembagaan tatkala Melaka masih menghadapi wabak COVID-19 serta adanya gabungan parti yang mendapat sokongan majoriti ADUN.
"Oleh demikian Pakatan Harapan menolak penamaan DSU Sulaiman selaku Ketua Menteri ‘caretaker’ Melaka kerana beliau telah jelas hilang sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka sebelum DUN Melaka dibubarkan dan tidak lagi mampu mengetuai Kerajaan Negeri Melaka.
"Perbincangan sepatutnya diadakan terlebih dahulu di antara Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, blok majoriti yang diketuai saudara Adly Zahari bersama blok Datuk Seri Utama Idris Haron, dan blok minoriti yang diketuai Datuk Seri Sulaiman sebelum menamakan sesiapa untuk memegang jawatan tersebut.
"Malah seperti yang berlaku di Perak pada 2009 mahupun Melaka itu sendiri pada 2020, seharusnya blok majoriti diberi peluang mengetuai pentadbiran negeri," jelas kenyataan itu lagi.
Pakatan Harapan turut mengulangi pendirian bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak patut diadakan ketika pandemik bagi mengelak berlakunya gelombang keempat penularan COVID-19.
Jelas Majlis Presiden PH lagi, pengisytiharan darurat juga tidak sesuai memandangkan ia akan menimbulkan kegusaran di kalangan pelabur pada ketika usaha menghidupkan semula ekonomi negara sedang diperhebat.
"Oleh itu, perbincangan perlu diadakan agar semua pihak memastikan Perlembagaan Negeri Melaka ditegakkan dan dihormati dengan mewajibkan mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan 'caretaker' diwakili oleh golongan majoriti ADUN-ADUN," kata kenyataan itu lagi.
Fareez Azman
Tue Oct 12 2021
![Politik Melaka: PH tolak penamaan Sulaiman sebagai Ketua Menteri 'caretaker' Politik Melaka: PH tolak penamaan Sulaiman sebagai Ketua Menteri 'caretaker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632540915_pakatanharapan.jpg)
Pakatan Harapan (PH) menolak penamaan Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku Ketua Menteri 'caretaker' selepas terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637355929_SPRbersediaPRN.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
![PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634558775_TBPOLITIKjpg.jpg)
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634291940_AhmadMaslan.jpg)
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
![Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634228588_TBPENYATUANUMMAH.jpg)
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
![Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634233983_idrisharon.jpg)
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
![Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634217842_AnnuarMusa.jpg)
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
![Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633437293_TBZAHID.jpg)
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
![Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633704702_DatukKamelMohamad.jpg)
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
![Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633617159_ADUNPengkalanBatu.jpg)
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
![Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633774502_RAKYATMINTAPRNDIT.jpg)
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.