TANJUNG KLING: Tiga bekas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco ) Melaka yang mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan negeri perlu memulangkan semua aset kerajaan yang digunakan memandangkan sudah tidak menyandang jawatan berkenaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ini kerana ketiga-tiga mereka bertindak melepaskan jawatan dan bukan dipecat.
“Sebelum ini saya telah terima surat peletakan jawatan tiga Exco ini dan surat yang sama dihantar ke pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam memaklumkan mereka telah pun melepaskan jawatan serta-merta.
“Jadi mereka bukan lagi Exco dan segala kemudahan, semua (termasuk) kereta perlu dipulangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mengikut peraturan dan prosedur.
“Mereka yang letak jawatan, dan sudah tidak lagi bersama kerajan negeri yang ada. Saya ‘caretaker’ itu sahaja, yang mana kalau tidak diperlukan dan minta saya turun (lepas jawatan), bila-bila masa saya boleh turun. Apa masalah?,” soalnya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan secara simbolik penyerahan rumah baharu kepada enam beradik yatim piatu di Tangga Batu di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka Bergolak: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - PM
Beliau terdahulu mengulas keengganan bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee memulangkan aset kerajaan meskipun telah melepaskan jawatan selepas hilang keyakinan dengan kepimpinan Sulaiman.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata, dua lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Noor Effandi Ahmad telah bersetuju memulangkan kenderaan rasmi kepada kerajaan Melaka.
“Datuk Seri Idris Haron telah memulangkan kenderaan rasmi pada Khamis lalu manakala Datuk Noor Effandi Ahmad memohon untuk melanjutkan pemulangan pada Isnin ini.
“Namun saya memohon kerjasama bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam, saya harap beliau mendengar permohonan saya pada pagi ini untuk memberikan kerjasama menyerah dan mengembalikan aset kerajaan yang sebelum ini diamanahkan kepada beliau selagi mana memegang jawatan Exco Melaka,” katanya.
Terdahulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Ia selepas tiga bekas Exco berkenaan bersama bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan ‘berpaling tadah’ hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan sekali gus kerajaan negeri hilang majoriti.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Oct 09 2021

Beliau menyempurnakan secara simbolik penyerahan rumah baharu kepada enam beradik yatim piatu di Tangga Batu di sini, hari ini.- Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Politik Melaka: Mereka yang letak jawatan, pulangkan saja aset kerajaan - Sulaiman
Tiga bekas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco )Melaka yang mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan negeri perlu memulangkan semua aset kerajaan.

Keahlian Noor Effandi yang berpaling tadah, gugur secara automatik - Mohd Rafiq
Keahlian Noor Effandi tergugur automatik selepas secara terang-terangan menyatakan hilang sokongan dengan kerajaan negeri.

Kerajaan Melaka tumbang: Kembalikan kepada Pakatan Harapan, realisasi mandat rakyat - Shamsul
Ini merupakan peluang kepada kepimpinan PH Melaka menjalin kerjasama yang baik untuk melaksanakan apa juga reformasi yang dirancang.