MELAKA: UMNO Melaka akur sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti itu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata meskipun UMNO negeri mengalu-alukan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), namun parti itu juga bersedia untuk bertanding bersendirian.
"UMNO ini sudah bersedia dengan apa jua keadaan. Tetapi kita kena akur dengan keputusan pucuk kepimpinan. Lagipun, perkara ini (kerjasama) masih belum habis berbincang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka bergolak: Perlukah darurat diisytihar?
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka seperti yang dilaporkan sebuah portal berita hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan sehubungan itu berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata meskipun UMNO negeri mengalu-alukan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), namun parti itu juga bersedia untuk bertanding bersendirian. - Gambar fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Politik Melaka: Kerjasama dengan Bersatu, UMNO akur keputusan kepimpinan
UMNO Melaka akur sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti itu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).