KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu, adalah tidak benar.
"Sudah tentu bila dia cabar kita dengan membuat petisyen, kita akan pastikan bahawa kita ada bukti untuk menunjukkan itu semua tak betul. Tujuan petisyen ini semata-mata kerana tak puas hati atau sebagainya.
"Tapi kita juga ada kita punya pasukan pembelaan untuk memastikan kita menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PN di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini hari ini.
Badan Perhubungan UMNO Terengganu awal bulan lepas memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman yang kesemuanya dimenangi Pas, merupakan parti komponen PN.
Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Mengulas mengenai pemberian wang ketika pilihan raya, Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia bergantung kepada situasi dan niat wang tersebut diberikan.
"Kadang-kadang mereka (penerima wang) yang minta daripada calon sebab kadang-kadang mereka mahu baiki rumah. Sebab itu kita kena berhati-hati, dan niat itu penting kenapa kita beri wang kepada orang yang minta itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

Hamzah berkata, pasukan pembelaan Perikatan Nasional sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu itu, adalah tidak benar. - Gambar fail

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.