PUTRAJAYA: Beberapa Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet dilihat tiba di Dewan Sri Endon di sini petang ini bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Antliompat Parti.
Pemerhatian Astro AWANI sejak jam 4.00 petang tadi mendapati rata-rata Menteri dan Ahli Parlimen yang tiba adalah daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Antara dilihat hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Turut menyusul, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Ahli Parlimen yang hadir pula antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung mokhtar Radin; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman; dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Bagaimanapun tiada kelihatan Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang untuk menghadiri taklimat terbuka itu.
Taklimat itu dijadualkan bermula jam 4.30 petang yang akan dimulakan dengan taklimat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan kemudiannya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Fareez Azman
Sun Apr 10 2022
Beberapa Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet dilihat tiba di Dewan Sri Endon di sini petang ini bagi mengikuti taklimat khas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Antliompat Parti. - Foto BERNAMA
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Buka sempadan: Khairy beri taklimat kepada komuniti perniagaan, duta asing
Sesi yang berlangsung selama satu jam itu bertujuan memberi gambaran lebih jelas mengenai SOP bagi pengembara perniagaan asing.
PKPB Labuan: Perhimpunan ramai adalah dilarang - MKN Labuan
Usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 kini memasuki gelombang ketiga, dengan sebanyak 92 kes positif direkodkan, setakat ini.
COVID-19: KMC kerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan negeri
KMC telah selesai menyaring semua kakitangan dan sampel daripada ujian itu sedang dinilai.
Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas taklimat KKM hari ini
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau akan memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai kes COVID-19 pagi ini sebelum pengumuman itu.
Pemimpin DAP hadir taklimat isu jawi, khat
Bagaimanapun, pihak media dimaklumkan tiada sidang media diadakan malam tadi sebaliknya DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasil taklimat itu hari ini.
Anwar sokong Pulau Pinang dapatkan dana persekutuan biayai projek PIP
Permohonan itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri mengkaji semula saiz dan skala projek tambak laut di perairan selatan (PSR) di Pulau Pinang yang membentuk tiga buah pulau buatan.
Projek tambak laut: Kerajaan Pulau Pinang akan beri taklimat kepada Anwar
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya telah menerima permintaan daripada Anwar yang mahu satu sesi taklimat yang lebih menyeluruh mengenai PSR diadakan.
TPM Singapura berlepas pulang selepas lawatan tiga hari di Sabah
Teo dan isteri Chew Poh Yim bersama delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menerusi penerbangan komersial Malindo Air pada pukul 9.15 pagi ini.
Dr Mahathir hadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak
Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Majlis Penasihat Kerajaan sedia laksana tugas
Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur.