Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan parti itu masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Pas.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan pendirian beliau memahami dan menghormati tumpuan yang sedang diberikan oleh pimpinan tertinggi Pas menjelang muktamar akan berlangsung tidak lama lagi.
"Kami yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan Pas.
"Anggota PAS juga mahukan sebuah kerajaan bersih dan mereka komited kepada prinsip keadilan dan pembenterasan rasuah demi menyelamatkan negara untuk generasi masa depan," kata Azmin dalam satu kenyataan media hari ini.
Berikut kenyataan media penuh Azmin mengenai pendirian parti itu terhadap Pas:
KENYATAAN MEDIA
26 JANUARI 2017
Malaysia sedang dilanda krisis ekonomi dan dicengkam oleh tatakelola curang yang belum pernah dialami sebelum ini. Akibatnya, rakyat menderita dan maruah negara tercemar.
Krisis ini menuntut kepimpinan negara yang wibawa, berintegriti dan dihormati rakyat. Ini memerlukan muafakat rakyat yang perlu diterjemahkan dalam bentuk perpaduan di kalangan parti-parti politik, NGO dan individu yang komited kepada reformasi.
Rakyat Malaysia semakin matang dan telah menerima hakikat sistem dua parti. Rakyat bersedia melakukan perubahan. Justeru itu, para pemimpin perlu memiliki sikap tawadhu’ untuk bersatu menyahut aspirasi rakyat.
Sejak setahun yang lalu, ombak besar telah melanda senario politik negara yang menuntut pimpinan parti politik mengkaji semula strategi memenangi hati rakyat.
Pakatan Harapan dibentuk. Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bermatlamat untuk kembali kepada khittah perjuangan Melayu dan Islam. Perkembangan baru ini bakal menjana tsunami 2.0 menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersedia untuk memainkan peranan bagi memperkukuhkan gabungan politik parti-parti progresif, bahkan untuk mengangkat muafakat ini ke peringkat yang lebih efektif dalam membicarakan perjuangan peduli rakyat.
Dalam konteks ini, KEADILAN menyambut baik kenyataan YB Lim Kit Siang bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pasdemi menumbangkan BN. Saya menganggap kenyataan ini sebagai satu langkah positif menuju ke arah penyatuan semua parti politik dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan tertinggi.
Ini pastinya menuntut kebijaksanaan dan pendekatan inklusif dengan mengenepikan perbedaan pendekatan dan politik kepartian demi matlamat menyeluruh yang lebih penting iaitu menyelamatkan negara dan bangsa daripada belenggu pemimpin rasuah dan kerajaan kleptokrat.
Negara dan nasib rakyat hanya boleh dibela oleh parti-parti progresif yang bersatu padu dalam menghadapi BN yang sedang nazak.
Namun, muafakat ini hanya boleh tercapai melalui perbincangan dan perundingan. Kita perlu akur bahawa perundingan adalah suatu proses yang rumit. Kita mesti melakukannya demi rakyat dan negara. Saya yakin perkara yang rumit ini boleh dirungkai jika semua pihak mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur.
Saya juga amat memahami dan menghormati tumpuan yang sedang diberikan oleh pimpinan tertinggi Pas menjelang muktamar tahunan 2017 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kami yakin kebijaksanaan dan pengalaman luas kepimpinan Pas. Anggota Pas juga mahukan sebuah kerajaan bersih dan mereka komited kepada prinsip keadilan dan pembenterasan rasuah demi menyelamatkan negara untuk generasi masa depan.
KEADILAN masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti-parti lain demi membuka tirai Malaysia Baru. Program bersama terus berjalan baik terutama di peringkat Negeri Selangor dan di akar umbi demi membela nasib semua rakyat.
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Astro Awani
Thu Jan 26 2017

Azmin mengesahkan parti itu masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Pas. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli Parlimen Ranau nafi keluar PKR sertai Azmin?
Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin menafikan bahawa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Azmin ambil tindakan undang-undang terhadap blog 'Toyol of Selangor'
Datuk Seri Azmin telah memfailkan permohonan kepada SKMM untuk mengenal pasti identiti pemilik blog itu untuk tindakan susulan.

Siti Nurhaliza bawa Siti Aafiyah beraya bersama Azmin Ali, Anwar Ibrahim
Sempena Hari Raya Aildiftri, pasti ramai sanak saudara dan rakan taulan yang mengunjungi antara satu sama lain untuk mengeratkan silaturahim.

PKR yakin Pas bijaksana pilih jalan ke arah Malaysia baharu
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan parti itu masih meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Pas.

Tanah runtuh Serendah: Kerja pembaikan jalan diambil alih JKR - Azmin Ali
Kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.