Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mengesahkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusinya, Muhammad Nur Manuty berkata, rundingan kerusi bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) telah pun selesai dan dimuktamadkan.
Menurutnya, lima Parlimen itu adalah Padang Rengas, Sungai Siput, Gopeng, Bagan Datuk dan Tanjung Malim manakala DUN pula Kenering, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Lintang dan Chenderoh.
Katanya tujuh lagi DUN adalah Hulu Kinta, Bukit Chandan, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Sungai Manik dan Hutan Melintang yang mana calon bertanding akan mewakili PH.
Beliau berkata demikian di Pelancaran Jentera Pilihan Raya Keadilan dan Penyerahan Bahan Logistik PRU14 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Tambahnya, mereka mensasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN bagi menyumbang kepada PH untuk membentuk kerajaan di negeri ini.
"Saya yakin PKR boleh menambah kerusi sedia ada sebanyak lima paling kurang, dengan tambahan lima ini PKR dapat sumbang kepada pembentukan kerajaan negeri sekarang.
"Untuk Parlimen saya menjangkakan bahawa daripada lima itu, kita harap semua kerusi PKR bertanding akan menang," kata Muhammad.
Selain itu, katanya PRU kali ini akan menampilkan kira-kira 30 peratus calon wanita yang akan bertanding atas tiket PKR.
"Senarai calon dijangka akan diumum dalam tempoh dua ke tiga hari lagi, sebelum hari penamaan berlangsung," katanya.
Pada PRU13, PKR bertanding di 10 kerusi Parlimen dan menang tiga iaitu Lumut, Gopeng dan Sungai Siput.
Bagi kerusi DUN, parti itu bertanding di 19 kerusi dan menang lima iaitu Kuala Sepetang, Kuala Kurau, Teja, Simpang Pulai dan Hutan Melintang.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Apr 13 2018
MUHAMMAD: PKR mensasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN bagi menyumbang kepada PH untuk membentuk kerajaan di negeri Perak.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.