IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan sesi temu rapat atau pemukiman di Subang bermula malam ini bagi membincangkan strategi dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata sesi itu yang dihadiri semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara PKR akan dimulakan dengan ucaptama presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.
Katanya, ia akan diiikuti dengan bengkel strategik esok.
"Biasanya sesi macam ini kita ada sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya. Dalam tradisi Keadilan (PKR) temu rapat (retreat) ni akan jadi satu platform untuk pimpinan memberikan idea-idea baharu, strategi baharu.
"Pimpinan akan melihat kembali apakah 'the missing element' dalam persiapan parti menghadapi pilihan raya.
"Persiapan menghadapi pilihan raya (pemukiman sebelum ini) ada juga kelainannya berbanding pilihan raya yang akan datang... kalau dari segi isu, dulu tumpuan kita adalah GST, tumpuan kita adalah 1MDB dan beberapa skandal lain. Tapi sekarang ini tumpuan kita adalah COVID-19 dan kesannya kepada kehidupan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tambun di Ipoh pada Ahad.
Menurutnya, selepas sesi temu rapat PKR, sesi yang sama akan diadakan di kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) pada 8 dan 9 April depan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 04 2021
![PKR adakan pemukiman babit Ahli Parlimen, Dewan Negara di Subang malam ini PKR adakan pemukiman babit Ahli Parlimen, Dewan Negara di Subang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617540370_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin berkata sesi itu dihadiri semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara PKR. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah
- Penjual jagung hina kaum India mohon maaf,
- Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan dera seksual kanak-kanak tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah
- Penjual jagung hina kaum India mohon maaf,
- Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan dera seksual kanak-kanak tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
![Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739752092_tbPasarRayaMydin.jpg)
Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.45 malam ketika pengunjung sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan.
![Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
![PKR adakan pemukiman babit Ahli Parlimen, Dewan Negara di Subang malam ini PKR adakan pemukiman babit Ahli Parlimen, Dewan Negara di Subang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617540370_SaifuddinNasution.jpg)
PKR adakan pemukiman babit Ahli Parlimen, Dewan Negara di Subang malam ini
Saifuddin berkata sesi itu yang dihadiri semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara PKR.
![Zuraida boleh luah 'perasaan' dalam sesi pemukiman PKR - Saifuddin Zuraida boleh luah 'perasaan' dalam sesi pemukiman PKR - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563534442_TBZURAIDASAIFUDDIN.jpg)
Zuraida boleh luah 'perasaan' dalam sesi pemukiman PKR - Saifuddin
Zuraida Kamarudin seharusnya menggunakan peluang pada sesi pemukiman PKR yang bermula pada Jumaat malam hingga Ahad ini seandainya ada perkara yang tidak memuaskan hatinya dalam isu parti.