SHAH ALAM : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan parti tersebut telah menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Menurutnya, notis tersebut diterima berikutan tindakan beberapa ahli parti yang membuat laporan kepada RoS berhubung keputusan pemilihan parti sebelum ini.
“Parti telah terima notis dari RoS untuk Setiausaha Agung menjelaskan sejumlah aduan kepada RoS berkenaan proses pemilihan diadakan baru-baru ini.
“Sejurus mendapat surat itu, perkara pertama terfikir, saya mesti bersedia untuk keadaan paling sukar seumpamanya yang berlaku kepada DAP pada 2013 dan MIC pada 2015.
“Tapi percayalah, dengan sokongan pemimpin lama dan baharu, tugas saya yang terakhir sekarang, untuk minit-minit terakhir ini...
“Saya, Saifuddin Nasution akan mempertahankan parti ini sehabis daya dari sebarang tindakan yang akan datang dari RoS,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di sini pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan ada beberapa ahli PKR membuat laporan polis dan kepada RoS berhubung keputusan pemilihan parti baru-baru ini.
Tindakan itu turut mendapat respons daripada Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil yang menganggap tindakan sebegitu seumpama membuka ruang untuk musuh menyerang parti.
Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota dan pemimpin untuk mempertahankan part termasuk keputusan dibuat berkaitan calon yang diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU).
“Jangan beri musuh kita peluru....saya sangat terkilan apabila ada beberapa rakan kita yang buat laporan polis dan RoS. Kenapa serahkan leher dan tengkuk kita kepada musuh?
"Kita tahu mereka (pihak lawan) risau dengan adanya Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Rafizi (Timbalan Presiden, Rafizi Ramli) kerana ia kekuatan paling kuat yang boleh sediakan PKR ke arah menerajui Putrajaya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Ahad.
Ridauddin Daud
Sun Jul 17 2022
Saifuddin Nasution mengesahkan parti tersebut telah menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) baru-baru ini. - Foto fail
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Jawatankuasa Penaja tidak selesaikan permohonan pendaftaran Pejuang sepenuhnya - JPPM
Semakan rekod sehingga 29 Oktober mendapati, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan Sistem eROSES.
MyPPP akan kemuka rayuan - Kayveas
MyPPP yang berdepan pembatalan pendaftaran parti oleh RoS akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.
Selesaikah kemelut MIC selepas pemilihan parti?
Akhbar-akhbar Tamil yang menyiarkan berita mengenai pemilihan MIC kali ini didapati kurang menarik perhatian kaum India malah tidak mencetuskan keghairahan dikalangan masyarakat India.
MIC mampu keluar daripada kekusutan kemelut politik - Periasamy
Huru-hara yang tercetus di luar Ibu Pejabat MIC sebaik sahaja pintu pagar ibu pejabat MIC ditutup bagi menguruskan pencalonan Presiden MIC baharu baru-baru ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Palanivel dakwa surat RoS dipetik di luar konteks
Datuk Seri G. Palanivel tetap bertegas bahawa beliau masih Presiden MIC, dan berkata surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menyatakan beliau bukan lagi anggota parti telah dipetik di luar konteks.
"Tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan Palanivel"- Saravanan
Datuk Seri G.Palanivel perlu akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan berhenti daripada terus mencetuskan kekeliruan dalam parti.
Pemilihan MIC peringkat cawangan bermula bulan depan - Subramaniam
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata parti itu akan memberi tumpuan terhadap pemilihan semula, seperti yang dicadangkan oleh RoS.
PDRM dan universiti jalin kerjasama bendung penglibatan penuntut dalam IS - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti awam dan swasta melakukan pemantauan bagi membendung penuntut menyertai IS.
Dr Subramaniam nafi mesej Whatsapp berhubung debat krisis MIC
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menafikan mesej tersebar melalui aplikasi sosial WhatsApp bahawa beliau akan berdebat dengan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.
MIC lwn RoS: Jumaat ini mahkamah putuskan permohonan kebenaran
Sekiranya mahkamah membenarkan bantahan itu, ia tidak akan mendengar dua permohonan bagi kebenaran itu.