Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru ahli parti supaya memilih pemimpin yang terbaik, memperbetulkan keadaan parti dan menghindari politik wang.
Beliau turut berkata, pemimpin lain tidak perlu meletak jawatan susulan kekalahan parti dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu, sebaliknya ia akan ditanggung beliau sendirian.
"Mereka tak perlu letak jawatan. Kalau semua letak jawatan, lumpuh parti kita. Biar saya letak jawatan. Yang lain tolong betulkan keadaan.
"Tolong betulkan keadaan. Jangan lagi ada budaya politik wang sesama kita. Ini pemilihan kita dalam parti. Pilihlah pemimpin yang terbaik di kalangan kita," katanya.
Najib yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Pekan dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian tersebut, di sini, hari ini.
Beliau turut mengakui banyak kelemahan dan kepincangan berlaku di semua peringkat dalam parti yang juga menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU ke-14 lalu.
Salah satu daripadanya, katanya, adalah amalan politik wang.
Pada pemilihan kali ini, Najib mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian tanpa pencabar.
Turut menang tanpa bertanding ialah anaknya Datuk Mohd Nizar yang dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan yang baharu pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian tersebut.
Mohd Zalani Md Atan
Sat Jun 30 2018
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan dirasmikan Datuk Seri Najib Razak hari ini. Astro AWANI / Mohd Zalani Md Atan
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
PM Jepun janji kekalkan komposisi kerajaan selepas kekalahan pilihan raya
Ishiba menyatakan akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri untuk memimpin kerajaan dan menangani cabaran ekonomi serta keselamatan.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
EURO 2024: Penyokong Jerman, England berbalah di jalanan
Pertengkaran tersebut melibatkan kira-kira 20 warga tempatan yang mahu mempertahankan maruah mereka terhadap kebiadaban penyokong asing itu.
Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
Ronaldo, Mane gagal bantu Al-Nassr catat kemenangan
CRISTIANO Ronaldo dan Sadio Mane gagal memberikan impak, menyaksikan Al-Nassr mengalami kekalahan 0-2 kepada Al-Taawoun dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu.
UEL: Solskjaer tekad bawa United ke final
Walaupun Solskjaer telah meningkatkan kedudukan Liga Perdana Inggeris sejak memegang jawatan pada Disember 2018, dia masih belum memenangi trofi.
100 perlawanan EPL Solskjaer: Bagaimana bandingan dengan Ferguson dan pengurus United yang lain?
Di United, terdapat prestasi naik turun dipamerkan, tetapi persembahan menyamai rekod ke atas Saints adalah bukti peningkatan dipamerkan pasukan di bawah kendalian Solskjaer musim ini.
Pengalaman bertemu Bayern buat Chelsea lebih bersedia
Chelsea mara ke peringkat kalah mati tetapi diatasi Bayern 3-0 di Stamford Bridge dalam aksi pertama sebelum tewas 4-1 dalam perlawanan timbal balik.
West Ham pecat Manuel Pellegrini
Pellegrini meninggalkan kelab itu 18 bulan selepas dilantik pada Mei 2018 menerusi kontrak selama tiga tahun.
Gagal baca sikap pengundi punca BN tewas PRU14 - Noraini
Beliau turut mengakui kekalahan dalam PRU14 yang lalu menyebabkan ada sebahagian ahli mula hilang semangat dan menjarakkan diri dengan UMNO kerana kecewa.