Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad mengakui kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah akibat kegagalan membaca sikap pengundi yang difikirkan masih kekal sama.
Beliau turut mengakui kekalahan dalam PRU14 yang lalu menyebabkan ada sebahagian ahli mula hilang semangat dan menjarakkan diri dengan UMNO kerana kecewa.
“Semasa PRU yang lepas, kita dilihat gagal membaca sikap pengundi. Kita fikir pengundi masih bersama, tetapi kita silap.
“Mereka sambut kita dengan senyuman, tetapi tidak lagi sokongan. Kita perlu lihat semula di mana kelemahan kita.
“Bagi memulihkan semangat ini, kita perlu melaksanakan program pengkaderan dan latihan kita sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 hari ini.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu turut memberitahu, ahli UMNO perlu menyemai, membina dan memupuk kembali roh perjuangan.
"Mendekati mereka bagi mengelakkan kekecewaan yang melanda terus berpanjangan sekali gus meletakkan noktah.
“Kita turun ke akar umbi. Kita atur program-program yang lebih berdaya saing, lebih berstrategik tanpa melibatkan kos besar dan tempat-tempat mewah.
“Sememangnya sukar untuk semua itu terutama dalam situasi kewangan parti yang menggugat tambahan pula dengan status sebagai pembangkang.
“Namun, ia sebenarnya bukan satu halangan besar untuk kita terus bersama, untuk kita dampingi mereka,” jelasnya.
Tambah Noraini, semuanya perlu dimulakan daripada sifar ekoran bacaan sikap sudah beralih ke bacaan sentimen.
Jelasnya lagi, bacaan secara manual tidak lagi praktikal.
Sahlizah Mohamed
Thu Dec 05 2019
NORANI: Bagi memulihkan semangat ini, kita perlu melaksanakan program pengkaderan dan latihan kita sendiri. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
PRK Mahkota: Jangan terlalu selesa, harus pulang mengundi - Tengku Zafrul
Beliau berkata, hal ini kerana sekitar 50 peratus pengundi bekerja di luar, yang dilihat sebagai antara cabaran dihadapi Barisan Nasional.
PRK Mahkota: Syed Hussein mampu bawa agenda anak muda - Onn Hafiz
Penerimaan pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah amat baik termasuk daripada golongan muda.
PRK Mahkota: Polis lulus 13 permit ceramah, kempen bergerak
Polis luluskan 13 permit ceramah dan kempen bergerak yang dipohon parti politik bertanding bagi PRK Mahkota sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.
Golongan muda 'penentu' PRK Mahkota, cabaran BN pastikan kemenangan lebih baik
Ku Hasnan berkata, golongan muda mendominasi jumlah pengundi DUN Mahkota, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.
PRK Mahkota: Isu banjir fokus utama calon BN
Mencari penyelesaian isu banjir di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah.
[KOLUMNIS] Selamat berkempen! Tetapi mampukah BN kekalkan kerusi DUN Mahkota?
PRK kali ini adalah yang ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Gelanggang PRK DUN Mahkota dibuka esok
Bakal calon diberi tempoh sejam bermula 9 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum senarai mereka yang layak bertanding diumumkan.
Pas dakwa PH-BN tidak ikhlas majukan negara
Afnan Hamimi mendakwa, politik dipamerkan gabungan itu adalah politik dendam yang sudah ditolak oleh sebahagian daripada anak muda pada hari ini.
Bapa calon BN PRK DUN Mahkota meninggal dunia
Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah kehilangan bapanya Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.