SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dan menilai kedudukan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang berhasrat menyertai gabungan parti itu dalam waktu terdekat.
Naib Pengerusi PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata rundingan itu sebagai langkah penglibatan dengan MUDA selain menjelaskan parameter yang harus dimaklumkan kepada parti yang berhasrat untuk menyertai PH.
Salahuddin, yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), berkata penubuhan jawatankuasa tersebut telah dimaklumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam
"Ada ada langkah yang perlu diikuti. PH terbuka dan boleh terima semua permohonan (sertai PH) tetapi ada beberapa tindakan yang harus dilalui dulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Amanah Wanita Negara (AWAN) Nasional 2022, di sini, hari ini.
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan, berkata parti itu bersetuju menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain terbuka mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH.
Dalam pada itu, Salahuddin, berkata 70 peratus daripada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14 telah selesai dirunding antara parti gabungan PH dan rundingan semua kerusi itu dijangka diselesaikan sebelum 30 Sept ini.
Katanya, parti itu akan menyelesaikan soal calon yang akan bertanding pada PRU15 selewat-lewatnya pertengahan Oktober dan ketika ini 70 peratus telah ditentukan dengan mengambil kira kriteria tertentu termasuk penglibatan dalam parti, komitmen dan kelayakan.
"Mengenai calon wanita pula, saya ada sebut sebelum ini Amanah sasarkan 40 hingga 45 kerusi bagi PRU15 dengan ambil kira kekuatan kita dan AWAN, Pemuda tetap ada kerusi tapi jumlah itu belum dapat dimaklumkan kerana kami masih dalam proses menilai calon," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita AWAN, Aiman Athirah Sabu, berharap kerusi yang mahu ditempatkan calon wanita perlulah di kawasan strategik dan berpotensi menang dengan mengambil kira kelayakan dan pengalaman AWAN.
Konvensyen Nasional 2022 Amanah bermula hari ini hingga Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Timbalan Presiden Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub (berdiri empat, kiri) bergambar bersama para perwakilan pada Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional 2022, Parti Amanah Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.