MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka masih meletakkan harapan tinggi untuk bertemu Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam walaupun masih belum menerima sebarang panggilan dari Istana Melaka setakat ini.
Pengerusinya Adly Zahari berkata dalam situasi genting ini, pertemuan tersebut amat penting untuk diadakan secepat mungkin agar kemelut politik sekarang dapat dileraikan dengan cara terbaik susulan negara masih berdepan cabaran pandemik COVID-19.
"Setakat ini tiada makluman lagi, belum ada apa-apa panggilan dari Istana Melaka. Jadi bila jumpa di Istana (Melaka), kita boleh bincang dan lihat apa-apa kaedah yang boleh digunakan, kembali stabilkan politik negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Isnin lepas, PH Melaka telah menghantar surat permohonan kunjung hormat ke atas Tun Mohd Ali bagi membincangkan langkah terbaik menyelesaikan kemelut politik di negeri berkenaan susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat bekas ADUN itu ialah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu ), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).
Berikutan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kemudiannya mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada Isnin selepas Tun Mohd Ali mendapat nasihat daripada Sulaiman untuk berbuat demikian.
Sementara itu, ditanya mengenai status permohonan semakan proses dan fakta keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Adly menjelaskan pihaknya akan membawa kes tersebut ke mahkamah pada minggu hadapan.
"Kita masih lagi dalam proses mengumpul dan menyiapkan dokumentasi berkaitan dan insya-Allah kes berkenaan akan difailkan minggu depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Adly berkata, pihaknya akan membawa kes permohonan semakan proses dan fakta keabsahan pembubaran DUN Melaka ke mahkamah pada minggu hadapan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

PRU15: PH Melaka terbuka terima calon 'payung terjun'
Pertimbangan itu akan dilihat dengan syarat calon 'payung terjun' itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

PH Melaka masih harap dapat adakan pertemuan dengan Tun Mohd Ali
Adly berkata dalam situasi genting ini, pertemuan tersebut amat penting untuk diadakan secepat mungkin.

70 peratus manifesto PH Melaka berjaya ditunai
Sebanyak 70 peratus daripada 31 inisiatif yang dijanjikan dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam tempoh 100 hari berjaya ditunaikan.