KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan dikekalkan sebagai presiden parti.
Menurut Uggah yang juga ketua sayap pesaka PBB, kesemua cawangan PBB sebulat suara mencapai keputusan memberikan jawatan nombor satu parti tersebut kepada Abang Jo tanpa bertanding untuk Mesyuarat Agung Triennial (TGM) pada Jun depan.
“Dengan semangat (perpaduan), dari peringkat ranting ke cawangan sehingga negeri, semua sebulat suara membuat keputusan bahawa jawatan Yang Dipertua PBB akan kita beri kepada YAB Premier Datuk Patinggi Abang Jo tanpa bertanding.
“Itulah yang kita amalkan dan akan berlaku pada konvensyen akan datang,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Mambong di Hotel Penview Kuching pada Ahad.
Untuk makluman TGM PBB dijadualkan berlangsung selama empat hari pada 16 hingga 19 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Ia akan disertai oleh kesemua 82 perwakilan cawangan PBB di seluruh negeri Sarawak.
Antara agenda utama TGM kali ini melibatkan pemindaan perlembagaan parti bagi mewujudkan sayap baharu untuk golongan belia berumur 18 hingga 28 tahun.
Fadilah Sulaiman
Sun Apr 24 2022

Dengan persetujuan sebulat suara kesemua 82 perwakilan cawangan Abang Jo akan kekal memegang jawatan nombor satu PBB tanpa dicabar. - Foto Astro AWANI

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

PRU15: Tidak adil jika Willie Mongin pertahan Puncak Borneo atas tiket PBB - Penganalisis
Menurut Arnold tidak adil jika Willie dipilih sebagai calon kerana ramai ahli parti yang setia dan sudah lama bergerak untuk menguatkan jentera PBB di Puncak Borneo

PRU15: GPS yakin takluk semula kerusi pembangkang - Abdul Karim
Momentum kemenangan GPS pada PRN12 lalu memberi keyakinan untuk gabungan itu merampas semula kerusi terutama di kawasan bumiputera termasuk kerusi Selangau, Lubok Antu dan Puncak Borneo.

Pergerakan Belia PBB ditubuh selepas pindaan perlembagaan parti dilulus
Penubuhan Pergerakan Belia PBB termasuk dalam 15 perkara yang akan dipinda dalam perlembagaan parti berdasarkan buku usul yang diedarkan kepada perwakilan.

Perwakilan sebulat suara setuju Abang Jo kekal Presiden PBB
Kesemua cawangan PBB sebulat suara mencapai keputusan memberikan jawatan nombor satu parti tersebut kepada Abang Jo tanpa bertanding untuk Mesyuarat Agung Triennial (TGM) pada Jun depan.

PRN Sarawak: Jentera PBB Tupong bersedia, tunggu SOP kempen -Fazzrudin
PBB DUN Tupong kini hanay menanti prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak untuk menggerakkan jentera kempennya secara aktif untuk bertemu rakyat.

PRN Sarawak: Tiada istilah selesa, GPS sentiasa kerja keras
Meskipun dilihat sebagai pilihan, GPS tidak boleh terlalu selesa sebaliknya perlu bekerja keras bagi memenangi hati rakyat yang bakal memberi mandat baharu bagi pembentukan kerajaan negeri Sarawak.

Anwar, usah ganggu-gugat kestabilan politik sedia ada - Abdul Karim
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa agar kestabilan politik yang sedia ada untuk tidak diganggu-gugat.

Kebuntuan politik, GPS sedia hadapi sebarang kemungkinan
GPS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.