KUALA LUMPUR: Ahli politik disaran agar terus berlapang dada serta fokus terhadap proses membina Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan inklusif.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pertempuran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah pun berakhir dan senario politik ketika ini memerlukan kepelbagaian idealogi yang tidak lagi berpaksikan perjuangan berdasarkan politik kepartian semata-mata.
“Kepelbagaian di negara kita merupakan satu keunikan dan menjadi khazanah negara yang perlu dipelihara, dipertahan dan terus diperkukuh.
“Kepelbagaian ini juga perlu dirai, bukannya dicemari dengan politik ekstremisme atau melampau tetapi yang kita kehendaki adalah keserdehanaan.
“Perpaduan dalam kepelbagaian ini perlu kita pertahankan walau apa jua cabaran dan rintangan mendatang kerana inilah kekuatan kita sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap ketika sesi Bicara Rakyat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Tambahnya lagi, penubuhan Kerajaan Perpaduan juga merupakan hasil daripada proses demokrasi yang turut membuka ruang konsensus yang baik dalam membina negara bangsa.
Selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, MCA katanya akan terus memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang perkauman dalam usaha untuk membangunkan negara secara bersama.
“Mengorak langkah ke hadapan, Kerajaan Madani perlu mempunyai tata kelola atau urus tadbir yang baik dan kita perlu melakukan perubahan segera terhadap segala kekurangan atau kelemahan.
“Mana yang salah kita perbetulkan, kerajaan juga sepatutnya bersifat responsif, progresif, inklusif dan sentiasa mendengar suara rakyat.
“Harapan saya agar Kerajaan Perpaduan ini sentiasa mengutamakan rakyat, mendengar denyut nadi rakyat dan merapatkan saf demi kestabilan politik seterusnya dapat memajukan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara secara keseluruhannya,” katanya lagi.
Hilmi Malik
Sun May 14 2023
!['Pertempuran PRU15 sudah berakhir, mari kita bina negara' - Ka Siong 'Pertempuran PRU15 sudah berakhir, mari kita bina negara' - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684051147_TBWeeKaSiong.jpg)
Ka Siong berkata, PRU15 telah pun berakhir dan senario politik ketika ini memerlukan kepelbagaian idealogi yang tidak lagi berpaksikan perjuangan berdasarkan politik kepartian semata-mata. - Gambar fail
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684059456_MajlisKonvensyenNa.jpg)
Konvensyen Kerajaan Perpaduan wajar diadakan di peringkat negeri - Zahid
Konvensyen itu dapat menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerjasama yang dijalinkan oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan.
!['Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah 'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684047732_TBF.jpg)
'Geng Perpaduan' komitmen perkukuh perpaduan rakyat - Fadillah
Inisiatif 'Geng Perpaduan' atau 'GP' bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa.
![Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684039189_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Konvensyen Nasional: Noktahkan permusuhan politik, tumpu agenda kerajaan - Adam Adli
Politik tanah air memerlukan nafas baharu dalam memastikan agenda yang dibawa Kerajaan Perpaduan dapat dicapai.
![Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684026318_TBkonvensyen.jpg)
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
![Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684010047_DatukAsyrafWajdiD.jpg)
Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong.
![Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679262813_AnwarIbrahim.jpg)
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara
Menerusi konvensyen ini, Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.
![Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679142984_ZahidHamidi.jpg)
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tingkat keserasian parti gabungan - Ahmad Zahid
Konvensyen kali pertama itu, akan memberi peluang kepada kepimpinan parti gabungan dari pelbagai peringkat untuk bersama.
![Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523607190_AMANAH.jpg)
Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil
Sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.