Di sebalik pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Amanah Negara (AMANAH) di beberapa lokasi, parti itu menegaskan kedudukan mereka kekal stabil di seluruh negara.
Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir, parti itu terus menerima keahlian baharu dengan jumlah tinggi setiap bulan.
“Segala pandangan dan kritikan hadirin telah diberi perhatian serta diterima baik oleh kepimpinan AMANAH untuk mengukuhkan parti ini.
“Berdasarkan respon hadirin, AMANAH menjangkakan pemulihan ini tidak akan mengambil masa yang panjang untuk selesaikan,” demikian katanya dalam satu kenyataan.
Mengakui laporan sebuah portal bahawa status sebahagian kawasan dan sayap terjejas, jelas Mohd Anuar, situasi semasa yang berlaku dalam parti tidak mengganggu proses pemilihan dan penganjuran Konvensyen Nasional 2019 AMANAH pada Disember depan.
“Sehubungan itu, penganjuran Taklimat Khas Organisasi 2019 pada 21 September 2019 (semalam) seperti ditularkan hanyalah bertujuan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan memberikan kaedah penyelesaian kepada hadirin yang terdiri daripada kalangan Ketua dan Setiausaha Kawasan serta Sayap yang terlibat,” ujarnya.
Terdahulu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turut mengesahkan AGM AMANAH di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.
Ia susulan laporan sebuah portal berita dalam talian pada Jumaat melaporkan sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.
Hasimi Muhamad
Sun Sep 22 2019
![Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil Mesyuarat Agung dibatalkan, AMANAH tegaskan kekal stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523607190_AMANAH.jpg)
Mohd Anuar berkata, situasi semasa yang berlaku dalam parti tidak mengganggu proses pemilihan dan penganjuran Konvensyen Nasional 2019 AMANAH pada Disember depan.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41456206302_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
![Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19 Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530280810_karyawan.jpg)
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
![Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61367212927_295x200.jpg)
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.