PERJANJIAN menyerahkan kuasa menjadi Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi isu yang perlu dipertikai.
Walaupun sebelum ini Anwar menjangkakan mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dalam tempoh kurang dua tahun, waktu sebenarnya masih lagi menjadi tanda tanya.
Tiada apa yang perlu digusarkan. Keyakinan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh itu dan selain kurang lima tahun juga sudah diluahkannya dalam satu temu ramah bersama Bloomberg Television, baru-baru ini.
"Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja.
"Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat
penting untuk memberi beliau masa.
"Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah menyatakan dengan jelas yang ia (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun," katanya semasa temu bual itu.
Tambahan, Dr Mahathir sendiri sudah memberi jaminan tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri melebihi dua tahun walaupun mengakui rakyat memintanya berbuat demikian.
Kata Dr Mahathir lagi, beliau sudah tua selain perlu mempertimbangkan faktor kesihatannya.
Rantau
Pengumuman Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau 13 April ini sebenarnya membuka jalan pintas untuk Anwar lebih pantas menjadi Perdana Menteri.
Bagaimana tidak, impak selepas keputusan Rantau diumumkan akan menjadi indikator kepada prestasi
Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhan.
Ia sekali gus menjadi rumusan kepada kekuatan PH selepas berdepan dua kekalahan berturut-turut di PRK
Cameron Highlands dan Semenyih.
PH yang menghadapi kekalahan 3,238 undi di Cameron Highlands dan 1,914 undi di Semenyih kepada Barisan Nasional pasti tidak mahu 'badi' itu berterusan di Rantau.
Keputusan PRK Rantau pasti akan memberi bayangan kepada masa depan PH dan Anwar sendiri selain menimbulkan persepsi rakyat menjelang satu tahun pemerintahan kerajaan baharu.
Kalah atau menang, ia permulaan kepada cabaran PH mengurus perjalanan politiknya sendiri.
Anwar menegaskan PKR tidak berganjak dengan pendirian untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti yang dipersetujui secara bersama sebelum ini.
Kalau menang?
Tahniah.
Kemenangan Dr S Streram akan membuka jalan untuk Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar 'membuktikan' kekuatan PKR sendiri berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP dalam PRK.
PKR sebenarnya menjadi penyelamat PH dari terus menerima tamparan kekalahan PRK untuk kali ketiga berturut-turut.
Ini landasan untuk Anwar 'mempercepatkan' masa selain menjadi faktor memendekkan tempoh menunggunya untuk menjadi Perdana Menteri.
Tidak kira apa sahaja majoriti yang akan diperoleh, ia kejayaan besar PH menghalang Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan hatrik dalam PRK.
Pastinya langkah Anwar akan menjadi lebih yakin untuk 'melobi' masa mencipta sejarah negara menyandang jawatan Perdana Menteri kelapan menjadi kenyataan.
Kalau kalah?
Kekalahan PKR di Rantau harus dilihat dalam skop yang lebih besar. Ia bermaksud PH semakin tewas di hati rakyat yang semakin lantang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pemerintahan kerajaan.
Penolakan rakyat kepada PH seperti tidak boleh dihalang lagi. Selepas Cameron Highlands (DAP), Semenyih (Bersatu) dan Rantau (PKR), ia seperti melengkapkan kekalahan parti yang bernaung di bawah PH secara keseluruhan.
Langkah yang perlu diambil mungkin menukar 'jeneral' nombor satu yang kini memimpin Putrajaya.
Ini masa paling sesuai untuk Anwar duduk di jawatan yang dinantinya sejak lebih 20 tahun lalu.
Ia mungkin akan mengubah pola pemerintahan dan menarik kembali kepercayaan rakyat kepada PH.
Cara Anwar mengemudi negara kelak dengan sentuhannya tersendiri tentu menjadi ramuan rahsia yang dapat mengembalikan pengaruh rakyat kepada PH sama seperti yang dirasai mereka dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Anwar perlu mendapatkan undi majoriti mudah iaitu sokongan daripada 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sebelum menjadi Perdana Menteri.
Menang atau kalah
PRK Rantau adalah jalan pintas untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.
Tidak kira kalah atau menang, ia seharusnya digunakan Presiden PKR itu untuk membuktikan kekuatan parti dan diri sebelum memegang jawatan nombor satu di Putrajaya.
Ia bukan lagi masalah apabila empat proses sebelum menjadi Perdana Menteri seperti diperkatakan pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz boleh dilalui Anwar dengan lancar.
Kata Dr Shamrahayu, yang pertama adalah mesti ada kekosongan rasmi bagi jawatan Perdana Menteri sama ada melalui proses peletakan jawatan sekalipun.
Kedua, calon yang mahu diangkat menduduki jawatan itu adalah dalam kalangan Ahli Parlimen.
Ketiga, calon Perdana Menteri itu perlu mendapatkan undi majoriti mudah iaitu sokongan daripada 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Keempat dan yang paling penting adalah Yang di-Pertuan Agong memutuskan perkara itu berdasarkan penghakimannya bahawa calon Perdana Menteri mempunyai sokongan dan kepercayaan majoriti undi daripada Ahli Parlimen.
Pastinya ada sambungan cerita menarik tentang masa depan Anwar dan PKR selepas PRK Rantau nanti.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 12 2019
PH yang menghadapi kekalahan 3,238 undi di Cameron Highlands dan 1,914 undi di Semenyih kepada BN pasti tidak mahu badi itu berterusan di Rantau. - Gambar fail
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir Para SUKMA 2024 selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8.
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas.
[TERKINI] Israel dakwa bunuh ketua Hezbollah - Penganalisis
Penganalisis Sejarah Asia Barat dan Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Redzuan Othman membincangkan mengenai dakwaan Israel membunuh Ketua Hezbollah Hassan Nasrallah di Beirut, Lubnan.
MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.
[TERKINI] Tentera Israel berwaspada tinggi berdepan konflik
Israel dalam keadaan berwaspada tinggi untuk konflik yang lebih meluas selepas dakwaan membunuh pemimpin hezbollah, hassan nasrallah hari ini.
[TERKINI] Lebih 20 serangan udara di Lubnan, terbesar sejak 2006
Serangan Israel yang bermula Jumaat lalu menyaksikan serangan udara berterusan selama lima jam sejak awal pagi tadi dan masih berterusan sehingga sekarang.
[TERKINI] Lubnan tak boleh jadi Gaza seterusnya - Penny Wong
Penny Wong juga mengulangi gesaan Australia agar gencatan senjata dilakukan di Lubnan dan pihak terbabit melaksanakan sepenuhnya Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701.
[TERKINI] Israel dakwa bunuh Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah
Bagaimanapun, setakat ini Hezbollah yang disokong oleh Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status Hassan.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
Video yang dikongsikan di akaun TikTok @husnanawwarloksin memaparkan kanak-kanak itu meminta agar Perdana Menteri melawatnya di PPS.
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Pengendali pelabuhan berdepan saingan sengit, perlu tingkat kapasiti - PM
Syarikat pelabuhan tidak boleh bergerak sendirian sebaliknya terus berganding bahu untuk bergerak pantas ke hadapan.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.
Malaysia dan Singapura rakan baik, saling bekerjasama erat - PM Anwar
Malaysia dan Singapura adalah rakan yang baik tidak seharusnya terganggu oleh sebarang isu yang timbul antara kedua-dua negara.
PM Anwar ucap tahniah kejayaan penganjuran MAHA 2024 - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu dizahirkan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.